Stesen Metro Tianjin Tampilkan Tembok Bandar Purba

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 10 November 2025

Orang ramai melawat dewan pameran yang menampilkan tinggalan tembok bandar timur purba Tianjin di Stesen Metro Dongnanjiao Laluan 4. (Oleh Kumpulan Metro Tianjin)

Orang ramai melawat dewan pameran yang menampilkan tinggalan tembok bandar timur purba Tianjin di Stesen Metro Dongnanjiao Laluan 4. (Oleh Kumpulan Metro Tianjin)

Satu pameran yang baharu dibuka di dalam perkarangan Stesen Metro Dongnanjiao di Tianjin telah berjaya mencuri perhatian para pengguna.

Pameran itu menampilkan tinggalan tembok bandar timur purba Tianjin, iaitu satu penemuan yang membuatkan pejalan kaki terhenti sejenak, dan kemudian menzahirkan kekaguman, menimbulkan perasaan ingin tahu, atau melakukan refleksi senyap.

Mempunyai sejarah bandar selama lebih 600 tahun, tembok tersebut memelihara bukti asli evolusi Tianjin. Nilai arkeologi yang cemerlangnya semakin jelas pada 2017, iaitu apabila terdapat pembinaan yang menemui tinggalan itu.

Pihak berkuasa hal ehwal warisan tidak menunggu lama untuk mengiktirafnya sebagai salah satu penemuan arkeologi bandar abad ke-21 paling signifikan di Tianjin, sekali gus memberikan mandat untuk pemeliharaan di tapak dengan serta-merta.

Pada masa sama, keputusan tersebut telah memberikan cabaran yang unik, iaitu tanggungjawab untuk mengimbangi pembangunan metro dengan konservasi sejarah. Namun, solusinya muncul menerusi keketatan saintifik dan penuh rasa hormat.

Foto memperlihatkan Stesen Metro Dongnanjiao Laluan 4 di Tianjin. (Oleh Kumpulan Metro Tianjin)

Foto memperlihatkan Stesen Metro Dongnanjiao Laluan 4 di Tianjin. (Oleh Kumpulan Metro Tianjin)

Hari ini, lapan meter di bawah tanah, tembok purba itu wujud secara bersama dengan transit moden, yakni sebuah penjejakan ‘jejak ruang masa’ yang ketara dalam transformasi Tianjin daripada penempatan bertembok kepada sebuah metropolis.

Untuk melakukan usaha penempatan semula, ia mungkin akan menjejaskan ketersambungan bandar dan lapisan sejarah di tapak. Justeru, pasukan pembinaan, pereka bentuk, dan pakar warisan telah berganding bahu untuk memelihara tinggalan pada ketinggian asal, sambil memajukan projek metro tersebut.

Usaha pelaksanaan semestinya memerlukan penyelarasan yang luar biasa. Sebagai hab pemindahan kritikal di bawah jalan raya utama, Stesen Dongnanjiao mempunyai ruang kerja yang minimum. Melalui penambahbaikan reka bentuk berulang, simulasi komputer dan pembinaan berperingkat yang berselang-seli dengan kerja arkeologi, pasukan tersebut mencapai dua objektif, iaitu melindungi tapak warisan sambil mengekalkan fungsi pengangkutan yang penting.

Tatkala arkeologi dan pembangunan infrastruktur mungkin bertembung, projek ini memperlihatkan kemampuan matlamat bersama dan pelaksanaan bersepadu yang dapat mengharmonikan kemajuan dengan pemeliharaan, secara tidak langsung menjadikan stesen kereta api bawah tanah sebagai muzium hidup identiti bandar.

Pemeliharaan tembok bandar bukan batu di dalam stesen kereta api bawah tanah yang beroperasi memberikan cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya di China. Tanah yang lembut dan tepu air memberi ancaman terhadap kestabilan struktur, manakala ruang terkurung, keadaan tapak yang kompleks dan getaran kereta api yang berterusan menambah lagi risiko.

Tanpa gentar, pasukan yang berdedikasi mengejar visi pemuliharaan yang jelas melalui kepintaran dan ketekunan. Selepas penyelidikan yang teliti, mereka melaksanakan proses kejuruteraan lima peringkat. Menggunakan teknologi canggih, tembok purba itu diangkat dengan teliti ke atas sokongan yang dipasang pada spring tersuai, yang secara serentak melindungi integritinya dan mengasingkannya daripada getaran.

Meskipun dianggap sebagai ‘Misi mustahil’, ia merupakan satu pencapaian penting dalam mengharmonikan infrastruktur bandar dengan perlindungan warisan, mempamerkan kepintaran saintifik dan komitmen yang teguh.

Bagaimanapun, pemuliharaan sahaja tidak mencukupi, dan ia memerlukan juga usaha penggiatan semula. Tianjin dengan penuh jayanya menyepadukan tembok purba dengan metro moden, sekali gus mengubah relik yang dipulihara kepada destinasi kebudayaan bawah tanah, iaitu satu muzium di dalam stesen yang berfungsi.

Kejayaan Tianjin memperlihatkan prinsip yang universal. Dengan menghormati sejarah, mendakapi nilai kebudayaan dan akur kepada rukun asas iaitu mengutamakan perlindungan, menjamin penggunaan yang bertanggungjawab, dan meminimumkan campur tangan, bandar-bandar di serata dunia boleh mencapai sinergi transformatif antara pembangunan dan pemeliharaan warisan.

Foto menunjukkan tinggalan tembok bandar timur purba Tianjin. (Oleh Kumpulan Metro Tianjin)

Foto menunjukkan tinggalan tembok bandar timur purba Tianjin. (Oleh Kumpulan Metro Tianjin)

Video

Berita Berkaitan