Presiden Venezuela Kecam Tindakan Tentera AS Ceroboh Carribean

(CRI)Jumaat 14 November 2025

Presiden Venezuela, Nicolás Maduro pada Rabu mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang kerap menghantar tentera ke Carribean atas alasan untuk memerangi jenayah dadah dan organisasi jenayah rentas sempadan.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai helah rekaan yang digunakan untuk memberi "legitimasi" palsu kepada operasi pencerobohan di rantau itu.

Maduro turut membandingkan situasi tersebut dengan pencerobohan AS ke atas Iraq pada tahun 2003, yang dilakukan atas alasan Iraq memiliki "senjata pemusnah besar-besaran", akhirnya terbukti sebagai satu dakwaan yang tidak berasas.

Video

Berita Berkaitan