Kru Shenzhou-20 Selamat Kembali ke Bumi

(CRI)Sabtu 15 November 2025
Kru Shenzhou-20 Selamat Kembali ke Bumi

Kapsul kembali kapal angkasa lepas bermanusia Shenzhou-21 selamat mendarat di Tapak Pendaratan Dongfeng, utara China pada pukul 4.40 petang Jumaat waktu Beijing, membawa pulang kru Shenzhou-20.

Tiga angkasawan iaitu Chen Dong, Chen Zhongrui dan Wang Jie kini dalam keadaan sihat, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China(CMSA).

Tiga angkasawan itu menjalankan misi di orbit selama 204 hari, sekali gus mencipta rekod tempoh berada di orbit yang paling lama bagi satu misi.

Semasa tempoh tersebut, ketiga-tiga angkasawan itu telah menyelesaikan empat kali aktiviti keluar kenderaan (EVA) dan sejumlah besar eksperimen sains angkasa.

Video

Berita Berkaitan