Haikou, Tempat Bakat Antarabangsa Kejar Impian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 18 November 2025
Haikou, Tempat Bakat Antarabangsa Kejar Impian
Satu sudut platform Haikou International Talent Home. (People's Daily Online/Chen Si)

Pemupukan bakat dan pengurusan sektor perkhidmatan menjadi fokus Haikou pada tahun-tahun kebelakangan ini, dalam usaha mencipta sebuah “habitat” untuk bakat antarabangsa mengejar impian. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh bandar pelabuhan di provinsi Hainan ini untuk memudahkan lagi kerjaya dan kehidupan mereka.

Pada 2021, di bawah panduan Biro Maklumat Sains, Teknologi dan Industri Bandar Haikou, platform perkhidmatan Haikou International Talent Home dilancarkan sebagai sokongan buat para pelabur asing. Setakat 2025, platform tersebut telah mengetengahkan lebih 500 bakat asing, menganjurkan 5 kelas inkubasi keusahawanan, memberikan khidmat kepada lebih 200 pengguna, dan membantu mengasaskan hampir 50 syarikat.

Bakat asing juga dilaporkan giat menyumbang kembali kepada Haikou. Dengan bantuan Haikou International Talent Home, Amissah Richard Frank dari Ghana dapat dengan pantas mengembangkan skala syarikatnya dalam masa setahun. Usahawan ini melihat Haikou sebagai “tempat yang paling mirip rumah sendiri”. Pada 2023, profesor bersara Foo Check Woo dari Universiti Nasional Singapura pula datang ke Haikou bersama isteri untuk menyumbang bakti secara sukarela, menawarkan kursus latihan keusahawanan dan kelas bahasa Inggeris.

Mengambil pendekatan serupa, Pasukan Khidmat Sukarela Bakat Antarabangsa Haikou yang ditubuhkan pada Ogos 2024, telah menarik keanggotaan 65 warga asing, menjalankan lebih 80 aktiviti sukarela, dan memberikan khidmat kepada lebih 3,000 orang.

Seiring dengan pembangunan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, Haikou International Talent Home akan terus menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk membantu lebih ramai bakat asing merealisasikan impian mereka di Hainan.

Satu sudut platform Haikou International Talent Home. (People's Daily Online/Chen Si)
Papan mesej Haikou International Talent Home. (People's Daily Online/ Song Ge)
Foo Check Woo, perunding Haikou International Talent Community Foreign Expert Bookhouse, mempamerkan koleksi gambar aktiviti khidmat sukarela bakat antarabangsa Haikou. (People's Daily Online/ Song Ge)
Pada April 2025, Haikou International Talent Home bersama Pasukan Khidmat Sukarela Bakat Antarabangsa Haikou mengunjungi Sekolah Rendah Xinxin di kaunti autonomi Li dan Miao Qiongzhong untuk menjalankan kelas bahasa Inggeris. (Imej ihsan Haikou International Talent Home)

Video

Berita Berkaitan