Ekspo Industri Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang ke-19 Buka Tirai

(CRI)Isnin 17 November 2025

Ekspo Industri Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang ke-19 yang bertema “Laluan Sutera Bersalji, Musim Sejuk Xinjiang yang Meriah”membuka tirainya di Urumqi pada Jumaat minggu lalu.

Keindahan pemandangan 'salji dan ais' serta 'pesona budaya dan pelancongan' turut dipamerkan di pelbagai reruai yang masing-masing dikendalikan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Autonomi Xinjiang, sebanyak 14 divisyen di bawah Korps Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang serta pihak berkuasa tempatan dari 14 daerah.

Suasana juga sangat meriah di zon pasar pelancongan, hasil promosi yang kuat yang dibuat oleh 200 hotel bertaraf bintang di seluruh wilayah Xinjiang melibatkan pakej istimewa seperti "ski+mata air panas", dan lebih seratus agensi pelancongan melibatkan laluan bersalji yang unik mengikut tempahan orang perseorangan.

Sementara itu, perwakilan dari 7 negara seperti Kazakhstan dan Kyrgyzstan serta syarikat pempamer dari 16 provinsi dan bandar seperti Guangdong, Beijing, dan Jiangsu menumpukan kepada rundingan dan sesi padanan perniagaan mengenai pelancongan rentas sempadan dan kemudahan berunsurkan 'salji dan ais'.

Video

Berita Berkaitan