- Lain-lain
Xinjiang Lancar Program Baucar Penggunaan, Mahu Galakkan Pelancongan Musim Sejuk
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa Wilayah Xinjiang akan melancarkan program baucar penggunaan pada 14 November ini dalam usaha untuk mendorong pelancongan musim sejuk semasa musim salji.
Memetik pengumuman jabatan pelancongan dan kebudayaan wilayah pada Khamis, sejumlah 10,000 baucar dengan nilai muka setiap satunya sebanyak RMB20 itu sah digunakan di 11 tempat peranginan ski bertaraf 4A dan ke atas di wilayah itu, meliputi destinasi musim sejuk yang popular seperti Urumqi, Changji, Ili, dan Altay.
Difahamkan, baucar boleh digunakan selepas pembelian mencecah RMB100. Pemain ski boleh menebus baucar masing-masing menerusi program mini dalam aplikasi WeChat.
Terkenal dengan musim saljunya yang panjing selain salji yang berkualiti tinggi, Xinjiang telah membangunkan sistem pelancongan musim sejuk yang komprehensif, meliputi ski, melawat tempat-tempat salji dan mendekati pengalaman budaya tempatan.
Pada musim salju yang terdahulu, tempat peranginan yang berstandard di Xinjiang telah menerima sekitar 3.57 juta pelancong, iaitu peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 10.22 peratus, serta menjana pulangan pelancongan sebanyak RMB844 juta, iaitu menaik 39.13 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Wakil jabatan tersebut, Li Meng berkata bahawa, program baucar itu akan berakhir pada Februari 2026. Ia menyasarkan untuk menggalakkan perbelanjaan dalam sukan musim sejuk, serta mendorong pembangunan berkualiti tinggi sektor pelancongan musim sejuk wilayah itu.
- Pelancong Domestik Cecah Lima Bilion pada Tiga Suku Pertama 2025
- Xi Bakal Hadiri Perhimpunan Meraikan Ulang Tahun ke-70 Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Xi Tiba di Urumqi
- Xi Bertemu Wakil Pelbagai Lapisan Xinjiang
- Xi Lawat Pameran Bertema Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Xi Hadir Gala Raikan Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Presiden Xi Beri Arahan Penting mengenai Pembangunan Xinjiang
- China Bakal Saksi Ledakan Pelancongan Sempena Percutian ‘Minggu Emas’ 2025
- H1 2025: Angka Perbelanjaan Pelancong, Perjalanan Domestik Capai Rekod Tertinggi Baharu
- China Catat 178 Juta Aliran Keluar Masuk Negara pada Suku Ketiga 2025
- Pengawalan Tanah, Bunga Kekwa Perubatan Berkembang Mekar di Xinjiang
- Xi Hadiri Perhimpunan Meraikan Ulang Tahun ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Pelbagai Jabatan Ucap Tahnian kepada Rakyat Berbilang Kaum di Xinjiang
- Xi Pulang ke Beijing
- Tasik Sayram, "Titisan Air Mata Terakhir Lautan Atlantik"
- Pertanian Aprikot Pacu Pertumbuhan di Kuqa
- "Makanan Laut" Xinjiang
- Pameran Perdagangan Buah Istimewa Xinjiang (Aksu), Cipta Jaringan Pasaran
- Hutan Populus Euphratica Tersergam Gah di Hotan
- Xinjiang Sambut Kedatangan Musim Tuai Kapas




