Gen Z Manfaatkan Pesta Beli-Belah 11.11 Dengan Produk Pelancongan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 26 November 2025

Pelancong menonton satu persembahan di blok tema ’12 Jam tentang Chang’an’ di Xi’an, Provinsi Shaanxi, barat laut China pada 12 Mei 2024. (Xinhua/Li Yibo)

Pelancong menonton satu persembahan di blok tema ’12 Jam tentang Chang’an’ di Xi’an, Provinsi Shaanxi, barat laut China pada 12 Mei 2024. (Xinhua/Li Yibo)

“Tiket penerbangan ulang-alik dari Beijing ke Singapura hanya RMB350 sebelum cukai!”

Demikian ujar seorang mahasiswi, Liu Xiaohan, yang tidak menunggu lama sebelum memasukkan tawaran tersebut ke dalam senarai pembeliannya dan turut berkongsi dengan rakan-rakannya yang berminat untuk menyertai dia ke Singapura.

Pada sebelum ini, dia menggunakan tempoh pesta beli-belah 11.11 kebanyakannya dengan membeli barangan fizikal. Namun, pada tahun ini, dia turut memasukkan penginapan hotel dan tiket penerbangan ke dalam senarai pembeliannya.

Memasuki tahun ke-17, pesta beli-belah 11.11 menyaksikan perubahan jelas terhadap tabiat pengguna dalam kalangan Generasi Z, iaitu golongan yang lahir di antara tahun 1995 dan 2009.

Memetik laporan yang dikeluarkan secara bersama oleh Pusat Penyelidikan Kanak-kanak dan Belia Shanghai serta beberapa institusi lain, ‘beli-belah untuk kebahagiaan’ telah menjadi satu keutamaan bagi golongan tersebut.

Satu trend yang jelas didapati adalah pengguna Gen Z semakin sanggup untuk berbelanja terhadap perkhidmatan dan pengalaman berbanding hanya pada produk fizikal, dengan melancong muncul sebagai pilihan utama mereka.

Jia Jiachen, mahasiswa di Perbandaran Tianjin di utara China dan rakan-rakannya telah merancang satu perjalanan yang hanya berkisarkan tentang untuk bergembira. Mereka membeli pengembaraan butik tiga hari dan empat malam ke Gunung Changbai di Provinsi Jilin di timur laut China.

“Kami tidak bimbang sama ada kami mempunyai masa atau tidak. Paling penting adalah untuk mendapatkannya. Kelak pabila peperiksaan semester ini tamat, kami boleh terus melancong,” kata Jia.

Laporan tersebut turut menunjukkan bahawa perbelanjaan berkaitan pelancongan, seperti tempahan penerbangan, hotel dan pakej pelancongan secara lebih awal untuk mendapat manfaat harga lebih rendah, merangkumi 36.9 peratus penggunaan emosi dalam kalangan pengguna muda.

Manakala, perbelanjaan terhadap aktiviti hiburan dan kebudayaan termasuk pesta muzik dan pertunjukan rumah tinggal pula meliputi sebanyak 31 peratus.

Pada masa sama, laporan itu juga menyebut bahawa keyakinan pengguna Gen Z terus menjadi kuat. Untuk rekod, hampir 40 peratus responden berkata bahawa belanjawan masing-masing untuk pesta beli-belah ’11.11’ tahun ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lepas, dan hampir 80 peratus telah mengekalkan atau meningkatkan perbelanjaan.

Laporan turut menunjukkan bahawa Gen Z mempamerkan gabungan ‘keghairahan dan kerasionalan’.

Dari satu sudut, kadar penyertaan mereka dalam promosi juga telah meningkat buat tiga tahun berturut-turut, mencapai 93.1 peratus pada 2025, sekali gus menunjukkan ’11.11’ semakin tersemat dalam gaya kehidupan mereka. Pada masa sama, hampir 40 peratus daripada mereka kekal berhati-hati terhadap ‘harga termurah sepanjang tahun’, dengan memilih untuk ‘membuat pengesahan sendiri’.

Di dalam kedua-dua situasi tersebut, produk berbentuk pengalaman yang berharga mahal tetapi mempunyai potongan harga yang jelas seperti pas penerbangan, pakej pelancongan dan tiket persembahan dilihat telah menjadi keseimbangan ideal antara ‘menjadi cermat dan rasional’ dan ‘mengejar kebahagiaan’.

Video

Berita Berkaitan