Dari Gerai Tepi Jalan, Kini Bandar Perdagangan Linyi Jadi Hab Beli-belah Antarabangsa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 07 November 2025

Foto 1: Seorang warga asing menerokai peluang perniagaan semasa Pameran Rantai Bekalan dan Penyesuaian Seluruh Rumah Linyi 2025 di Provinsi Shandong. (Foto oleh Zhang Jinxin)  Foto 2: Seorang pempamer berinteraksi dengan pembeli asing senasa Persidangan Penyumberan Antarabangsa Bandar Perdagangan Linyi untuk Kerjasama Jalur dan Laluan yang ketiga di Provinsi Shandong. (Foto oleh Yin Zhaogong)  Foto 3: Kereta api pertama perkhidmatan pengangkutan pelbagai mod di pusat perkhidmatan logsitik kereta api Bandar Perdagangan Linyi di Provinsi Shandong, pada Disember 2024. (Foto oleh He Kegong)  Foto 4: Pemandangan penuh panorama Bandar Perdagangan Linyi di Provinsi Shandong. (Foto oleh Zhang Fengchuan)

Foto 1: Seorang warga asing menerokai peluang perniagaan semasa Pameran Rantai Bekalan dan Penyesuaian Seluruh Rumah Linyi 2025 di Provinsi Shandong. (Foto oleh Zhang Jinxin)

Foto 2: Seorang pempamer berinteraksi dengan pembeli asing senasa Persidangan Penyumberan Antarabangsa Bandar Perdagangan Linyi untuk Kerjasama Jalur dan Laluan yang ketiga di Provinsi Shandong. (Foto oleh Yin Zhaogong)

Foto 3: Kereta api pertama perkhidmatan pengangkutan pelbagai mod di pusat perkhidmatan logsitik kereta api Bandar Perdagangan Linyi di Provinsi Shandong, pada Disember 2024. (Foto oleh He Kegong)

Foto 4: Pemandangan penuh panorama Bandar Perdagangan Linyi di Provinsi Shandong. (Foto oleh Zhang Fengchuan)

Pada awal musim bunga 1981, Chen Wenbiao meninggalkan Yiwu di Provinsi Zhejiang di timur China untuk berpindah ke Linyi, Provinsi Shandong di timur China, dengan membawa sejumlah 20,000 butang untuk dijual.

Hari ini, Chen merupakan usahawan terkemuka di Bandar Perdagangan Linyi.

Selama lebih 44 tahun, beliau telah menyaksikan transformasi Bandar Perdagangan Linyi yang dahulunya gerai-gerai di tepi jalan kepada sebuah hab beli-belah antarabangsa.

Liku-liku beliau dalam menuju ke arah keusahawanan tersebut mencerminkan evolusi bandar itu sendiri daripada kawasan pangkalan revolusioner kepada pusat logistik dan perdagangan antarabangsa yang penting.

Pada 2024, Bandar Perdagangan Linyi merekodkan RMB660.48 bilion (AS$92.89 bilion) dalam transaksi pasaran, dan volum logistik lebih daripada RMB1 trilion.

Ketika Chen pertama kali tiba di Linyi, beliau telah menemui satu pasar sehari. Terletak berdekatan dengan sebuah stesen bas jarak jauh, beliau membentangkan kain plastik di bawah pokok poplar, dan menyusun butangnya mengikut warna untuk dijual.

Pada musim bunga yang seterusnya, pelelaran pertama Bandar Perdagangan Linyi mula berlaku di daerah Lanshan. Platform yang bersimen berfungsi sebagai kedai tetap telah menghoskan lebih daripada 600 penjual yang menjual pelbagai jenis produk.

Dalam tempoh lebih 10 tahun seterusnya, pasaran borong yang khusus untuk pakaian, kasut, alat tulis dan pelbagai lagi berkembang di Linyi. Kategori barangan yang ditawarkan Chen juga semakin meluas. Pada 1991, beliau berpindah kepada Pasar Sukan dan Kebudayaan yang baharu dibina ketika itu, menyaksikan perniagaannya semakin bermekaran.

Hari ini, Linyi yang dikenali di serata dunia sebagai ‘bandar logistik China’ itu mempunyai kluster pasaran khusus yang terbesar di negara Tembok Besar, berfungsi sebagai pusat borong dan hab logistik yang utama.

Pada 2014, Chen yang menunggang gelombang pertumbuhan Bandar Perdagangan Linyi telah menubuhkan sebuah syarikat produk kebudayaan. Dua tahun seterusnya, beliau mendapat anugerah kehormat kebangsaan untuk keusahawanan.

Kejayaan Chen memperlihatkan daya hidup komersial Linyi yang semakin meluas. Ketika ini, Linyi menempatkan 136 pasaran borong khusus, sejumlah 63,700 kedai dan 46,000 isi rumah perniagaan, mengambil 1 juta pekerja dalam logistik dan perdagangan. Produknya merentasi 27 kategori dan lebih 6 juta varieti, meliputi hampir kesemua barangan pengguna dan pengeluaran utama.

Linyi juga rancak memajukan strategi pembangunannya iaitu ‘perdagangan dan logistik pertama’, menubuhkan lebih daripada 3,000 laluan logistik lebuh raya khusus dan membina sebuah hab logistik moden berkeluasan 176 kilometer persegi (atau bersamaan dengan 24,650 padang bola sepak bersaiz biasa).

Ketika ini, Bandar Perdagangan Linyi mengoperasikan 22 taman logistik dan menempatkan lebih daripada 2,200 syarikat logistik, sekali gus membuka peluang pekerjaan untuk 580,000 individu. Jaringan logistiknya kini mencakupi 2,100 cawangan bertaraf kaunti dan ke atas di serata China, dan mencapai semua pelabuhan dan titik masuk di China.

Sejak tahun lalu, Jawatankuasa Pengurusan Bandar Perdagangan Linyi telah menaik taraf infrastruktur, alam sekitar dan perkhidmatan untuk memenuhi piawaian tarikan pelancong bertaraf A, mencipta 15 zon beli-belah berdasarkan senario dan imersif yang menggabungkan perdagangan dengan adat resam tempatan.

Wu Chuanliang, ketua Jawatankuasa Pengurusan bandar itu berkata bahawa, kawasan pelancongan Bandar Komoditi Kecil Linyi telah diperakui sebagai tarikan pelancong bertaraf 3A kebangsaan.

Semasa tempoh percutian Hari Kebangsaan dan Pesta Kuih Bulan tahun ini, 21 tarikan pelancong yang utama di Linyi telah menerima kunjungan 3.87 bilion pelancong, seterusnya menjana RMB258 juta dalam pendapatan pelancongan, iaitu masing-masing meningkat 14.53 peratus dan 19.34 peratus dari tahun ke tahun.

Malah, Bandar Perdagangan Linyi sahaja telah menarik lebih daripada 900,000 pembeli, dengan jumlah transaksi melangkaui RMB40 juta.

Pada tahun-tahun mutakhir, Bandar Perdagangan Linyi turut mempercepat strategi ‘menuju global’, Untuk rekod, bandar Linyi telah menubuhkan 59 pusat komersial dan gudang di luar negara, serta menerima 13 pensijilan daripada Persatuan Industri Pameran Global (UFI). Ia menguruskan lebih daripada 1,500 perusahaan untuk menerokai pasaran luar negara pada 2024.

Untuk sembilan pertama tahun ini, Bandar Perdagangan Linyi telah mengalu-alukan lebih 32,700 kunjungan oleh pembeli antarabangsa. Persidangan Penyumberan Antarabangsa Bandar Perdagangan Linyi untuk Kerjasama Jalur dan Laluan yang ketiga pada 10 hingga 13 Oktober telah menarik lebih daripada 2,000 pembeli antarabangsa dari 99 negara dan wilayah. Tahun lalu, bandar itu menarik 31,000 pembeli luar negara.

Sejak 2022, Linyi telah membimbing perusahaan di dalam Bandar Perdagangan Linyi untuk mengembangkan perdagangan asing, dengan menganjurkan sejumlah besar sesi latihan. Lebih daripada 4,000 operator perdagangan asing tempatan telah menyertai platform e-dagang rentas sempadan seperti Amazon dan Alibaba.

Pada 2024, jumlah entiti perdagangan antarabangsa di Linyi telah menjulang naik kepada 15,000 – sekali gus menduduki tangga kelima di Provinsi Shandong, dengan transaksi e-dagang rentas sempadan mencapai RMB25.2 bilion, iaitu menyumbang sebanyak 4.2 mata peratusan kepada pertumbuhan import-eksport bandar itu.

Dari tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, volum pasaran bandar itu dijumlahkan sebanyak RMB471.79 bilion, atau peningkatan 8.4 peratus dari tahun ke tahun. Volum logistik pula mencapai RMB719.26 bilion, naik 12.4 peratus, sementara volum perdagangan asing mencecah RMB78.18 bilion atau kenaikan sebanyak 4.2 peratus.

Video

Berita Berkaitan