- Lain-lain
Kereta Api Hantar 3.727 bilion Tan Barangan 11 Bulan Pertama 2025 di China
Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, pengangkutan barangan melalui kereta api meningkat 2.7 peratus tahun ke tahun dengan mencecah 3.727 bilion tan, sedangkan jumlah perjalanan kereta api kargo untuk setiap hari secara puratanya meningkat 3.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencapai 187,000 perjalanan. "Logistik Kereta Api China" yang semakin terserlah, menyediakan sokongan kukuh untuk mengurangkan kos logistik seluruh masyarakat dan memastikan ekonomi negara beroperasi dengan stabil.
Jumlah perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah dari Januari hingga November lalu meningkat 9 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat 31,200 perjalanan. Serentak itu, perkhidmatan kereta api kargo rentas sempadan China-Laos telah menghantar barangan sebanyak 4.98 juta tan, naik 15 peratus, manakala perkhidmatan kereta api laluan darat-laut baharu di bahagian barat China merekodkan jumlah pengendalian kontena sebanyak 1.31 juta TEU, meningkat 55 peratus.
Prestasi China dalam bidang pengangkutan kargo melalui laluan kereta api dilihat sebagai salah satu tunjang bagi perkembangan perdagangan luar.
- Jaringan Logistik Xizang Semakin Baik, Penghantaran ke Kaki Gunung Qomolangma Kini
- Xi’an Muncul Sebagai Hab Logistik, Perdagangan Antarabangsa Moden
- Jaringan Penghantaran Bungkusan Bolehkan Pengembara Manfaatkan Percutian Sepenuhnya
- China Umum 19 Pangkalan Logistik Rantaian Sejuk Baharu
- Logistik Sosial China Catat 115.3 Trilion Yuan Pada Empat Bulan Pertama 2025
- Dron Kargo China buat Penerbangan Sulung
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
- Kos Logistik Sosial China 2024 Catat Penjimatan Lebih RMB400 Bilion
- Aktiviti Logistik China Untuk 2024 Direkodkan Tertinggi Pada Disember
- Sektor Logistik China Catat Prestasi Kukuh




