China Alu-alukan Pengumuman Bersama Gencatan Senjata Kemboja-Thailand

(CRI)Ahad 28 Disember 2025

China mengalu-alukan Kemboja dan Thailand menandatangani pengumuman bersama mengenai gencatan senjata, yang membuktikan dialog dan perundingan merupakan kaedah berkesan dan realistik bagi menyelesaikan pertikaian kompleks.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China dalam sidang akhbar pada Sabtu.

Beliau berkata, China, ASEAN dan masyarakat antarabangsa telah membuat usaha masing-masing untuk mendorong pencapaian kemajuan tersebut.

China akan terus memainkan peranan konstruktif untuk memperkukuh situasi gencatan senjata Kemboja-Thailand, mendorong kedua-dua negara memulihkan pertukaran lawatan dan membina semula kesalingpercayaan politik serta membaiki hubungan, selain memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan