China Sambut Baik Gencatan Senjata Thailand, Kemboja

(CRI)Isnin 29 Disember 2025

China menyambut baik persetujuan gencatan senjata dicapai antara pihak tentera Kemboja dan Thailand, satu langkah penting ke arah memulihkan perdamaian.

Menteri Luar Wang Yi membuat kenyataan itu semasa pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn di bandar Yuxi, provinsi Yunnan pada Ahad.

Wang berkata kedua-dua pihak harus meneruskan pendekatan secara berperingkat dan terancang bagi menggerakkan gencatan senjata berkekalan yang menyeluruh.

Beliau turut memberi penekanan kepada usaha untuk memulihkan pertukaran normal, membina semula kepercayaan bersama, memperbaiki hubungan bilateral dan memelihara keamanan serantau.

Menurut Wang, kedua-dua negara boleh memanfaatkan peluang dialog bersemuka ini untuk meningkatkan persefahaman dan kepercayaan melalui pendekatan yang fleksibel.

Video

Berita Berkaitan