- Lain-lain
Keseluruhan Logistik China Tumbuh 5.0% pada Januari hingga November 2025
Keseluruhan logistik yang bernilai RMB331.2 trilion (RM192 trilion) dilaporkan berada dalam pengedaran di negara China bagi tempoh dari Januari hingga November 2025, meningkat 5.0 pertarus tahun ke tahun, antaranya bulan November sahaja menyaksikan peningkatan 4.5 peratus bulan ke bulan.
Demikian ditunjukkan dlam statistik yang diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) pada Selasa.
Dilihat dari segmen pengeluaran, jumlah keseluruhan logistik barangan perindustrian meningkat 5.2 peratus dibanding tempoh yang sama tahun lalu (Jan-Nov), antaranya bulan November sahaja menyaksikan peningkatan 4.7 peratus.
Dilihat dari segmen penggunaan pula, jumlah keseluruhan logistik barangan untuk institusi dan penduduk meningkat 5.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas (Jan-Nov), sedangkan jualan runcit barangan menerusi e-dagang meningkat 5.7 peratus.
Sementara itu, segmen logistik hijau (berkaitan dengan tenaga boleh baharu) wujud sebagai penggerak baharu dalam landskap logistik China, disokong oleh peningkatan 14.7 peratus bagi sebelas bulan pertama 2025.
Dimaklumkan lagi, pendapatan seluruh sektor logistik bagi tempoh dari Januari hingga November naik 4.6 peratus tahun ke tahun, dengan mencecah RMB13.1 trilion (RM7.6 trilion), iaitu naik 0.1 mata peratusan berbanding dengan tempoh dari Januari hingga Oktober setelah bertumbuh pada kadar positif untuk empat bulan berturut-turut.
- Kereta Api Hantar 3.727 bilion Tan Barangan 11 Bulan Pertama 2025 di China
- Jaringan Logistik Xizang Semakin Baik, Penghantaran ke Kaki Gunung Qomolangma Kini
- Xi’an Muncul Sebagai Hab Logistik, Perdagangan Antarabangsa Moden
- Jaringan Penghantaran Bungkusan Bolehkan Pengembara Manfaatkan Percutian Sepenuhnya
- China Umum 19 Pangkalan Logistik Rantaian Sejuk Baharu
- Logistik Sosial China Catat 115.3 Trilion Yuan Pada Empat Bulan Pertama 2025
- Dron Kargo China buat Penerbangan Sulung
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
- Kos Logistik Sosial China 2024 Catat Penjimatan Lebih RMB400 Bilion
- Aktiviti Logistik China Untuk 2024 Direkodkan Tertinggi Pada Disember




