Mesyuarat Menteri Luar China-Thailand-Kemboja Berlangsung di Yuxi

(CRI)Isnin 29 Disember 2025

Mesyuarat tiga hala membabitkan menteri luar China, Thailand dan Kemboja berlangsung dengan jayanya di bandar Yuxi, provinsi Yunnan pada Isnin.

Menteri Luar China Wang Yi menyifatkan pertemuan tiga hala itu diadakan tepat pada masanya.

Menurut beliau, badan diplomatik dan ketenteraan Kemboja dan Thailand semasa sesi pertemuan kali ini turut menyatakan komitmen mereka untuk meredakan ketegangan situasi dan berhasrat memperbaiki hubungan dua hala berasaskan gencatan senjata.

Wang berkata China komited mendorong perkembangan hubungan antara Kemboja dan Thailand, selain bersedia menghulurkan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan termasuk pemantauan gencatan senjata, bantuan kemanusiaan dan kerjasama menghapuskan periuk api.

Sementara itu, Menteri Luar Kemboja dan Thailand merakamkan ucapan terima kasih kepada China kerana menyediakan platform dialog.

Mereka juga menghargai peranan konstruktif yang dimainkan China dalam usaha menyelesaikan konflik, meredakan ketegangan dan mendorong dialog antara kedua-dua negara.

Satu kenyataan media bersama turut dikeluarkan, hasil daripada pertemuan tersebut.

Menurut kenyataan itu, Thailand dan Kemboja akan meningkatkan komunikasi, memperdalam persefahaman serta memantapkan gencatan senjata secara berperingkat.

Dua negara itu juga sepakat memulihkan pertukaran antara satu sama lain, membina semula kepercayaan bersama, memperbaiki hubungan bilateral dan memelihara keamanan serantau.

Video

Berita Berkaitan