- Lain-lain
Jualan Bebas Cukai di Hainan Melonjak pada Cuti Tahun Baharu (3)
![]() |
| Pelanggan memilih barangan di sebuah pusat beli-belah bebas cukai di Haikou, provinsi Hainan, selatan China, 1 Januari 2026. (Xinhua/Yang Guanyu) |
Jual beli bebas cukai di resort kepulauan Hainan, selatan China, bermula dengan ledakan hebat pada cuti sempena Tahun Baharu, dengan jualan luar pesisir mencecah 712 juta yuan antara 1 hingga 3 Januari. Angka ini melonjak 128.9 peratus tahun ke tahun, menurut Kastam Haikou pada Ahad.
Kastam merekodkan jualan sejumlah 442,000 unit barangan bebas cukai sepanjang tempoh cuti tiga hari, naik 52.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala jumlah pembeli meningkat 60.6 peratus kepada 83,500.
Kedai-kedai bebas cukai utama turut melancarkan kempen promosi untuk merangsang perbelanjaan, antaranya menawarkan diskaun dan baucar. Ada juga yang menyediakan acara hiburan dan bas ulang-alik percuma untuk menarik pengguna.
Pertumbuhan pesat ini menyusuli dasar bebas cukai serba baharu yang berkuat kuasa mulai November 2025, yang meluaskan jenis barangan yang layak. Barangan baharu yang popular termasuklah dron mini dan gitar elektronik, sementara produk import seperti susu bayi dan lampin menyaksikan ledakan permintaan daripada penduduk.
Kini, pelawat boleh menikmati kuota beli-belah bebas cukai sebanyak 100,000 yuan seorang setahun. Provinsi berkenaan melaporkan prestasi baik dalam jualan bebas cukai luar pesisir dalam masa beberapa tahun lalu sejak menaikkan kuota tersebut daripada 30,000 yuan kepada 100,000 yuan seorang pada 1 Julai 2020.
- China Teguh Orak Langkah ke Hadapan, Suntik Keyakinan Buat Dunia
- FTP Hainan akan Jadi Pintu Utama Keterbukaan Bertaraf Tinggi China - MFA
- Kumpulan Pertama Barangan Jalani Pelepasan Kastam Khas Hainan
- Operasi Kastam Berkecuali di FTP Hainan Bawa Manfaat kepada Global
- Hainan Laksana Penutupan Kastam Seluruh Pulau, Pacu Perdagangan Serantau
- Hainan 101: Bagaimana FTP, Kastam Khas Baiki Hidup
- Hainan 101: Mengapa FTP, Kastam Khas Begitu Cekap?
- Hainan 101: Kenali FTP, Kastam Khas
- Hainan Jadi Zon Dagang Bebas 2025—Ini Yang Anda Perlu Tahu
- Pusat Angkasawan Bakal Dibina di Hainan pada 2026





