- Lain-lain
Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Pendapat Wakil Bukan PKC Mengenai FYP ke-15
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengadakan simposium di Beijing pada 27 Ogos lalu, bagi mengumpulkan pendapat wakil bukan PKC berkaitan Cadangan Jawatankuasa Pusat PKC Mengenai Penyusunan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial.
Simposium tersebut dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.
Xi menekankan bahawa tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 merupakan fasa penting untuk memperkukuh pembangunan modenisasi.
Menurut beliau, modenisasi ala China merupakan modenisasi sosialis yang berteraskan kemakmuran bersama bagi seluruh rakyat.
Justeru pelbagai tindakan konkrit perlu diambil bagi memenuhi keperluan rakyat dalam sektor pekerjaan, pendidikan, jaminan sosial, penginapan, perubatan, kebajikan warga tua, penjagaan kanak-kanak prasekolah dan lain-lain.
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Jadi Tumpuan Dunia
- FYP ke-15 China Jadi Tumpuan Dunia
- Mengikut Haluan China Merintis Masa Depan
- Apakah Rancangan Lima Tahun di China?
- China Capai Tahap Tertinggi Pengeluaran dan Keselamatan Makanan Sepanjang FYP ke-14
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Berlangsung Hujung Oktober
- China Lakar Pencapaian dalam Pembangunan Infrastruktur Tali Air
- Xi Mahu Keterlibatan Aktif Rakyat dalam Penyusunan FYP ke-15
- FYP ke-14: China Rekod Pelaburan Asing AS$700 bilion




