Cadangan FYP ke-15, Dokumen Pedoman Penting Dalam Sejarah PKC

(CRI)Jumaat 24 Oktober 2025

Cadangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Mengenai Penyusunan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial merupakan satu dokumen pedoman penting dalam sejarah parti.

Demikian menurut Pengarah Jabatan Kajian Dasar Jawatankuasa Pusat PKC, Jiang Jinquan dalam sidang media mengenai Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC, yang diadakan di Beijing pada pagi tadi.

Menurut beliau, cadangan tersebut mengandungi 15 bahagian dan 61 fasal, dan dijangka akan memberi kesan signifikan bagi pembangunan negara untuk jangka masa panjang.

Video

Berita Berkaitan