Lapan Kuda Bawa Keajaiban TBC ke Singapura

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 20 Januari 2026
Lapan Kuda Bawa Keajaiban TBC ke Singapura
Orang ramai menghayati kecantikan tanglung dan bunga di Taman di Persisiran, Singapura, 16 Januari 2026. (Xinhua/Deng Zhiwei)

Bagi menyambut ketibaan Tahun Kuda, lapan tanglung kuda yang mengagumkan telah mengembara dari China ke Taman di Persisiran, Singapura. Namun, yang terlebih dahulu menyapa pelawat bukanlah sang kuda, tetapi lorong berliku-liku berhiaskan bunga-bungaan bertaburan.

Direka di China dengan berinspirasikan lukisan dakwat klasik purba yang memaparkan lapan ekor kuda menderap, kuda-kuda itu menjadi watak utama pameran bunga “Spring Blossoms: Gallop into Prosperity” yang dibuka secara rasminya di taman tersebut Jumaat lalu. Berlangsung hingga 1 Mac di Kubah Bunga, sebuah rumah pemuliharaan seluas 1.2 hektar, acara itu menghimpunkan lebih 10,000 tumbuhan yang diatur elok untuk pameran.

Tahun Baharu Cina kali ini jatuhnya pada bulan Februari, dan 2026 merupakan Tahun Kuda. Dalam budaya Cina, kuda sering dikaitkan dengan daya dorongan, kesetiaan dan semangat yang tidak mudah luntur.

Pada majlis pembukaan, Duta Besar China ke Singapura Cao Zhongming menzahirkan harapan agar hubungan bilateral terus maju ke hadapan dengan momentum yang sama dengan kuda menderap.

Selepas waktu senja, kuda-kuda itu mulai bersinar. Cahaya lembut membaluti dari dalam, bunga sutera berlapis-lapis di belakang – hasil tangan artisan dari Zigong, sebuah bandar di barat daya China yang terkenal kerana tradisi pembuatan tanglung. Pesta Tanglung Zigong telah diiktiraf sebagai warisan budaya tak ketara di China.

Video

Berita Berkaitan