Pelancong Hayati Suasana Perayaan di Rumah Tanah Purba Fujian (6)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 28 Januari 2026
Pelancong Hayati Suasana Perayaan di Rumah Tanah Purba Fujian
Pelancong bergambar di Tulou Zhencheng di daerah Yongding, bandar Longyan, provinsi Fujian, barat daya China. (People's Daily Online/Li Changqian)

Menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina, rumah-rumah tanah purba Tulou di kaunti Nanjing, bandar Zhangzhou, provinsi Fujian, riang gembira dengan suasana perayaan yang semakin meriah.

Kelompok Tulou Tianluokeng yang terdiri daripada lima binaan gergasi diperbuat daripada tanah di lereng gunung, adalah sebuah destinasi pelancongan yang popular. Dari udara, kelompok bangunan kediaman itu dikatakan mirip hidangan tradisional China “empat lauk, satu sup”.

Antara banyak rumah tanah purba Fujian, Tulou Zhencheng yang terletak di daerah Yongding, bandar Longyan, sering diibaratkan “anak raja”. Rekaannya yang berjalin-jalin dan kompleks, yang menggabungkan elemen seni bina China dan Barat, serta lukisan-lukisan yang menghiasi dindingnya, mencerminkan suatu falsafah keharmonian yang menganggap kumpulan-kumpulan orang yang menetap di dalamnya sebagai satu masyarakat kecil.

Tulou Fujian berasal dari Dinasti Song (960-1279) dan Yuan (1271-1368), terutamanya dibina di sebelah barat daya provinsi tersebut. Terkenal kerana ketukangan yang rumit, Tulou menonjolkan teknik-teknik pembinaan unik yang mengintegrasikan pertahanan, pencegahan api dan kecurian, pengalihan udara, pencahayaan semula jadi, serta keselesaan penghuni. Pada 2008, Tulou Fujian secara rasminya dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Video

Berita Berkaitan