Tuaian Teh Minyak Camellia Rancak di Fujian
 |
| Foto menunjukkan buah teh minyak camellia di kaunti Yongtai, bandar Fuzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (People’s Daily Online/Lin Mingxian) |
Seiring dengan tibanya penggal Permulaan Musim Sejuk dalam kalendar tradisional China yang jatuh pada 7 November tahun ini, sekitar 140,000 mu (93.33 kilometer persegi) pokok teh minyak (Camellia oleifera) di kaunti Yongtai, bandar Fuzhou, Provinsi Fujian di tenggara China turut memasuki musim tuaian.
Di lereng-lereng gunung, terdapatnya pokok hijau yang melitupi pemandangan dengan buah teh minyak camellia, sekali gus mencipta suasana yang penuh daya hidup. Petani tempatan juga sedang sibuk untuk memetik buah yang sudah masak, secara tidak langsung menandakan tempoh tuaian 40 hari sudah bermula.
Untuk rekod, buah teh minyak camellia di Yongtai dituai setahun sekali, dan ia dilaksanakan dalam tetingkap masa jadual yang ketat, iaitu kebiasaannya dari penghujung Oktober atau awal November sehingga ke penghujung bulan November.
Dalam tempoh tersebut, buah tersebut akan berubah dari hijau kepada merah tanpa rekahan atau gugur, menjadikan ia sebagai sesuai untuk penyimpanan dan pengumpulan besar-besaran. Tuaian pada waktu yang tepat akan menjamin nilai peroksida dan asid yang optimum.
Terkenal sebagai produk petunjuk geografi kebangsaan, minyak teh camellia Yongtai memperoleh manfaat daripada iklim monsun sub-tropika yang lembap dan sederhana. Kaunti tersebut menikmati suhu tahunan di antara 14.6 dan 20.7 darjah Celsius, hujan antara 1,400 ke 2,000 milimeter, dan menerima sekitar 1,700 jam sinaran cahaya matahari setiap tahun. Kesemua faktor tersebut menyumbang kepada pertumbuhan minyak teh camellia.
Pada 2025, jumlah output buah teh minyak camellia segar Yongtai dijangka untuk mencecah sebanyak 40,000 tan, dengan nilai unjuran sebanyak RMB210 juta. (AS$29.52).
 |
| Foto memperlihatkan teh minyak camellia berkembang dan berbuah pada pokok yang sama. (People’s Daily Online/Lin MIngxian) |
 |
| Foto mempamerkan bunga camellia teh minyak putih yang bermekaran di kaunti Yingtai, bandar Fuzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (People’s Daily Online/Lin Mingxian) |
 |
| Foto menunjukkan buah teh minyak camellia di kaunti Yongtai, bandar Fuzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (People’s Daily Online/Lin Mingxian) |
 |
| Seorang petani memetik buah teh minyak camellia yang sudah masak di kaunti Yongtai, bandar Fuzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (People’s Daily Online/Lin Mingxian) |

| Foto menunjukkan buah teh minyak camellia yang dituai di kaunti Yongtai, bandar Fuzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (People’s Daily Online/Lin Mingxian) |