- Lain-lain
China Gesa Percepat Selesaikan Isu Palestin Secara Damai
China menggesa supaya usaha dilakukan untuk mempercepat penyelesaian isu Palestin menerusi pendekatan politik.
Gesaan itu dibuat Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sun Lei semasa mesyuarat sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Selasa.
Dilaporkan, UNGA menerima pakai resolusi mengenai penyelesaian damai isu Palestin, dengan 151 undi menyokong termasuk China, 11 menentang termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Israel, manakala 11 lagi berkecuali.
Sun menyeru agar pihak-pihak terbabit mematuhi perjanjian gencatan senjata secara menyeluruh, sambil mendesak pihak pengantara mengambil langkah lebih berkesan untuk memastikan perjanjian berkenaan dapat dilaksanakan.
Beliau mengulangi pendirian China berhubung keperluan untuk menjunjung prinsip 'rakyat Palestin mentadbir Palestin' serta menggerakkan pembinaan semula dan pentadbiran Gaza pasca konflik.
Duta China itu turut menambah, komuniti antarabangsa harus meneroka pendekatan yang boleh laksana untuk memajukan pelaksanaan 'penyelesaian dua negara', serta menyokong Palestin menubuhkan sebuah negara merdeka seawal mungkin dan menjadi anggota penuh PBB.
- Wang Yi Hurai Pendirian China mengenai Gencatan Senjata Gaza Fasa Pertama
- China Teguh Sokong Perjuangan Rakyat Palestin
- Palestin Kecam Tindakan AS Batalkan Visa, Tegas Tidak Akan Menyerah
- China Gesa Israel Segera Hentikan Tindakan Kekerasan di Gaza
- IFRC Kutuk Serangan Menyasar Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza
- Setiausaha Agung PBB Kutuk Pembunuhan Rakyat Palestin
- China Desak Isreal Segera Hentikan Serangan terhadap Gaza
- Duta China Gesa Perkasa Hak Asasi Menerusi Kerjasama
- China Sokong Usaha Negara Arab dalam Isu Palestin
- Wang Yi Hurai Pendirian China dalam Isu Palestin




