- Lain-lain
Industri Beras Pulut di Huaiyuan Langkaui RMB10 Bilion

Foto memperlihatkan beras pulut di Huaiyuan, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Tao Tao)
Di kaunti Huaiyuan, bandar Bengbu, Provinsi Anhui, di timur China, ladang beras pulut yang berkeluasan 900,000 mu (60,000 hektar) kini telah memasuki musim menuai, menyaksikan tanah berubah menjadi lautan emas.
Beras pulut Huaiyuan yang dikukus tersebut unggul dengan kewangiannya, tekstur kenyal dan kehalusannya. Beras pulut adalah bahan penting dalam wain, ladu beras pulut dan pelbagai hidangan lain. Walhasil, Huaiyuan telah menjadi rakan penting dan pembekal terus buat sejumlah besar syarikat pemprosesan bijiran dan pengeluar arak.
Faktor persekitaran yang semula jadi di Huaiyuan menyumbang kepada kualiti unik beras pulutnya.
Liu Jian, seorang ahli agronomi di sebuah ladang tempatan berkata bahawa, bagi menghasilkan tanaman berkualiti tinggi, ladang itu perlu mengambil pendekatan yang merangkumi pengujian tanah, pengawasan dan perlindungan perosak dan pengurusan ladang secara saintifik.

Jentera sedang menuai beras pulut di Huaiyuan, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Tao Tao)
Suntikan teknologi berjaya melakukan transformasi terhadap tuaian. Ladang itu kini mengoperasikan sebuah jentera penuai tanpa manusia, tiga alat ubah anak benih tanpa manusia, empat robot pemeriksaan ladang, dan lebih daripada 100 dron perlindungan tanaman tanpa manusia.
“Kini, setiap individu boleh menuai 500 mu beras sehari, iaitu 100 kali ganda lebih cekap berbanding sebelum ini,” ujar Liu.
Di bengkel pengeluaran Syarikat Anhui Yinuoyuan Food, pengering dan pemproses bergema dengan beroperasi pada kelajuan penuh, seiring dengan beras segar dikeringkan, dibuang sekam dan dibungkus.
Untuk rekod, syarikat itu mengendalikan sehingga 600 tan beras pulut sehari, menjana nilai output tahunan sekitar RMB400 juta (sekitar AS$56 juta).
Tidak jauh dari situ, Syarikat Anhui Jinsanmai Food mentransformasi beras pulutnya kepada pelbagai produk popular seperti ladu beras pulut dan shaomai, iaitu pastri kukus China tradisional.

Jentera penuai menuai beras di sebuah ladang di Huaiyuan, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Tao Tao)
“Shaomai kami terkenal dengan salutan nipis dan inti yang banyak. Kuncinya adalah beras pulut Huaiyuan diregukan dengan daging cincang berkualiti tinggi.
“Kini, ia dijual di pasar raya utama di seluruh negara,” ujar pengurus pengeluaran Syarikat Anhui Jinsanmai Food.
Pada 2022, nilai out keseluruhan rantaian industri beras pulut Huaiyuan melepasi angka RMB10 bilion. Ia sekali gus menyaksikan satu ekosistem lengkap meliputi pengeluaran, pemprosesan dan jualan telah terbentuk, serta disokong oleh satu kluster perusahaan terkemuka di peringkat perbandaran, provinsi dan kebangsaan.
- ‘Bank Kuasa Super’ Anhui Jana Pulangan Ekonomi, Alam Sekitar
- Forum Makanan Sedunia 2025 Buka Tirai di Rome
- Makanan Jalanan Warnai Daya Hidup Industri di Luosifen
- Penyelidik China Ubah Kulat Jadi Aiskrim, Poskad di Ekspo Pertanian
- ‘Diari’ Penduduk Purba Berusia 7,300 Tahun Ditemui di Tapak Zaman Batu Baru Provinsi Anhui
- Unilever Lancar Pangkalan Pengeluaran Makanan Semua Kategori Pertama di China
- Dulu "Makanan Asing", Kini Jadi "Produk Istimewa" China
- Syarikat di Hefei Bina ‘Lebuh Raya Udara’, Percepat Penghantaran Barangan, Bekalan Perubatan
- Buluh, Potensinya Tak Terhingga
- Pembinaan Ditangguh untuk Lindung Burung Botak Putih




