‘Bank Kuasa Super’ Anhui Jana Pulangan Ekonomi, Alam Sekitar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 17 Oktober 2025

Jauh di pedalaman pergunungan bahagian selatan Provinsi Anhui di timur China, terletaknya satu ‘bank kuasa super’.

Terletak di pekan Fuling, kaunti Jixi, fasiliti tersebut tidak bergantung pada arang mahupun tenaga suria atau angin. Bagaimanapun, ia membantu dalam menstabilkan grid kuasa serantau dengan mengurangkan keterikan semasa waktu puncak dan membekalkan elektrik semasa permintaan yang sedikit.

Ia sekali gus menjamin kuasa yang andal untuk kawasan di timur China, termasuk Provinsi Anhui dan Jiangsu serta Shanghai.

Foto menunjukkan pemandangan sudut udara loji hidrokuasa simpanan terpam Jixi di pekan Fuling, kaunti Jixi, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Zhang Zhaoxin)

Foto menunjukkan pemandangan sudut udara loji hidrokuasa simpanan terpam Jixi di pekan Fuling, kaunti Jixi, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Zhang Zhaoxin)

‘Bank kuasa super’ adalah loji hidrokuasa simpanan terpam, yang meliputi takungan atasan dan bawahan, sistem hantaran air serta sebuah penjana bawah tanah.

“Loji tersebut mengoperasikan prinsip mudah iaitu; Pada jam luar waktu puncak waktu malam, ia menggunakan elektrik lebihan dari grid untuk mendorong turbin yang mengepam air dari atas bukit takungan rendah ke takungan atas untuk simpanan,” ujar Jiang Hongwei, pengarah jabatan pembinaan Parti di Syarikat State Grid Xinyuan Anhui Jixi Pumped Storage.

Tambah beliau, apabila tibanya waktu punya pada waktu siang, air akan dilepaskan semula ke bawah untuk mendorong turbin dan menjana elektrik, mengubah tenaga potensi kepada kuasa elektrik.

Difahamkan, tapak itu terpilih berikutan keadaan semula jadinya yang luar biasa. Kaunti Jixi yang merupakan salah satu kaunti model bertaraf negara di China terhadap kemajuan ekologi itu menampilkan laluan air yang berjalin dan gunung yang beralun, iaitu bersesuaian dengan pembinaan loji hidrokuasa simpanan terpam.

Menurut Jiang, pembinaan loji hidrokuasa simpanan terpam Jixi bermula pada Disember 2014, dengan setiap unit mula beroperasi pada Februari 2021. Loji tersebut kini mempunyai kapasiti terpasang sehingga 1.8 juta kilowatt, secara tidak langsung menjadikan ia sebagai fasiliti hidrokuasa simpanan terpam terbesar di Provinsi Anhui.

Foto memperlihatkan pemandangan loji hidrokuasa simpanan terpam Jixi di pekan Fuling, kaunti Jixi, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng)

Foto memperlihatkan pemandangan loji hidrokuasa simpanan terpam Jixi di pekan Fuling, kaunti Jixi, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng)

Setakat 2024, loji tersebut telah menjana secara kumulatifnya 2.479 bilion kilowatt jam elektrik, dan memberikan tindak balas kepada 106 permintaan grid kecemasan dengan kadar kejayaan pemula sebanyak 100 peratus. Loji tersebut membantu menstabilkan grid kuasa di timur China semasa peningkatan permintaan pada musim panas dengan menyimpan tenaga simpanan lebihan dan melepaskannya pada waktu puncak, sambil menyokong penyepaduan tenaga bersih..

Pada 2024, fasiliti tersebut mencapai nilai output sebanyak RMB1.684 bilion dan menyumbang sebanyak RMB113 juta untuk cukai, yang secara signifikan merangsang peluang pekerjaan tempatan dan pembangunan infrastruktur.

Selain itu, loji itu turut menjimatkan penggunaan arang batu tahunan sebanyak sekitar 216,000 tan dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 475,000 tan, sekitar 1,079 tan nitrogen oksida dan kira-kira 2,879 tan sulfur dioksida.

Diiktiraf sebagai projek contoh kebangsaan untuk pemulihan tanah dan air, ia secara jelas mengilustrasikan konsep ‘air nan jernih dan gunung nan hijau adalah aset yang tidak ternilai’.

Foto memaparkan takungan atasan loji hidrokuasa simpanan terpam Jixi di pekan Fuling, kaunti Jixi, Provinsi Anhui, di timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng)

Foto memaparkan takungan atasan loji hidrokuasa simpanan terpam Jixi di pekan Fuling, kaunti Jixi, Provinsi Anhui, di timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng)

Kaunti Jixi kini sedang mempercepatkan projek hidrokuasa simpanan terpam baharu. Loji hidrokuasa simpanan terpam Jixi Jiapeng yang terletak di perbandaran Jingzhou dan Jiapen telah menerima kelulusan pada Oktober 2024. Dengan kapasiti terpasang sebanyak 1.4 juta kilowatt dan jumlah pelaburan keseluruhan sekitar RMB8.4 bilion, kesemua unit janaan dijangka akan beroperasi menjelang 2030.

Tambahan lagi, loji hidrokuasa simpanan terpam Shangzhuang telah memasuki fasa perancangan dan pemilihan tapak, dengan kapasiti terpasang yang dicadangkan sebanyak 1.2 juta kilowatt.

Memetik Pentadbiran Tenaga Negara (NEA), kapasiti hidrokuasa simpanan terpam yang terpasang keseluruhan China telah mencapai 62.365 juta kilowatt menjelang penghujung Ogos, sekali gus melangkaui sasaran 62 juta kilowatt secara lebih awal berbanding yang ditetapkan pada Pelan Lima Tahun (FYP) ke-14.

Video

Berita Berkaitan