- Lain-lain
Rundingan Ukraine-AS-Rusia Pusingan Baharu Mungkin Diadakan di Abu Dhabi
Wakil Ukraine dan Amerika Syarikat (AS) mengakhiri rundingan pada Khamis di Geneva, Switzerland.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam ucapan videonya pada Khamis malam menyatakan bahawa pusingan baharu rundingan tiga pihak antara Ukraine, AS dan Rusia dijangka diadakan pada Awal Mac di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Katanya semua pihak telah menunjukkan kesediaan rundingan pusingan seterusnya.
Zelensky menekankan bahawa perang mesti berakhir, "ini adalah pendirian Ukraine", dan pusingan baharu rundingan tiga pihak yang seterusnya perlu menetapkan jaminan keselamatan yang konkrit untuk Ukraine selain membuat persiapan untuk perbincangan peringkat pemimpin.
Sementara itu Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine merangkap Ketua Delegrasi Ukraine, Rustem Umerov menerusi media sosial pada Khamis menyatakan bahawa wakil Ukraine dan AS pada hari yang sama di Geneva mengadakan perbincangan menumpukan kepada isu pemulihan ekonomi Ukraine, termasuk mekanisme sokongan ekonomi Ukraine, pelaburan, dan rangka kerjasama jangka panjang.
Persiapan bagi pusingan baharu rundingan tiga pihak antara Ukraine, AS dan Rusia turut dibincangkan dalam rundingan tersebut.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Rundingan Ukraine, AS dan Rusia Pusingan Baharu Dijadual Berlangsung Hujung Februari Ini
- Trump Batalkan Pertemuan dengan Putin di Budapest
- Trump Rancang Adakan Pertemuan dengan Putin di Budapest
- Pusingan Baharu Rundingan Rusia, AS Mungkin Berlangsung Oktober
- Trump, Putin Sokong Rundingan Langsung Rusia-Ukraine
- Trump, Putin Bertemu di Alaska
- Rusia, AS Bincang Persiapan Pertemuan Pemimpin di Alaska
- UAE Lokasi Sesuai bagi Pertemuan Pemimpin Rusia, AS - Putin
- Trump Mungkin Adakan Pertemuan dengan Putin dan Zelensky Dalam Masa Terdekat
- AS, Rusia Bincang Krisis Ukraine di Kuala Lumpur