- Lain-lain
Pembuatan Kereta Kembang Maju di Pekan Luoxi

Foto menunjukkan talian pengeluaran kerusi depan kereta di kilang Yanfeng (Changzhou) Auto Parts Manufacturing Co., Ltd. di pekan Luoxi, Changzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (People's Daily Online/Zhao Dengyan)
Pada pukul 2.30 petang, sebuah lori berhenti di platform kilang Yanfeng (Changzhou) Auto Parts Manufacturing Co., Ltd. di pekan Luoxi, Changzhou, provinsi Jiangsu, timur China. Tidak lama kemudian, pekerja mula memuatkan 18 set kerusi depan kereta ke dalam kenderaan itu.
Qu Yiming, ketua talian pengeluaran kerusi kereta BYD syarikat tersebut, menyatakan bahawa kerusi-kerusi itu akan tiba di kilang pemasangan am BYD di Changzhou yang jauhnya hanya 4 kilometer dari situ dalam masa tidak sampai 20 minit.
Bai Zhengtang, ketua Parti bagi pekan Luoxi pula memaklumkan, 12 peratus daripada kenderaan elektrik yang dieksport oleh China dihasilkan di Luoxi, dan kira-kira 35 peratus daripada tenaga kerja tempatan mencari nafkah dalam industri kenderaan tenaga baharu. Pekan ini mengeluarkan 450,000 unit kenderaan tenaga baharu setiap tahun.
Changzhou Xingyu Automotive Lighting System Co., Ltd., sebuah syarikat tersenarai awam, mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan yang sebanyak 80 juta lampu automotif, dan membekali syarikat-syarikat pembuat kenderaan terkemuka baik domestik mahupun antarabangsa.

Jiang Lei memeriksa kualiti lampu kereta di kilang Changzhou Xingyu Automotive Lighting System Co., Ltd. di pekan Luoxi, Changzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (People's Daily Online/Ren Xiaoran)
“Dari pukul 8 pagi hingga sekarang, kami telah siap memasang 202 lampu besar,” kata Jiang Wei, yang memantau talian pengeluaran di bengkel tanpa habuk syarikat berkenaan.
Pembukaan kilang BYD di Changzhou telah membolehkan pekan Luoxi menghasilkan kenderaan lengkap. Pada 2025, kilang itu mengeluarkan empat model kenderaan elektrik, dengan nilai output tahunan melebihi 50 bilion yuan. Lebih daripada 60 peratus kenderaan tersebut dieksport ke pasaran luar termasuk Eropah, Asia Tenggara dan Amerika Latin.
“Tahun lepas, kami melancarkan talian pengeluaran baharu, yang meningkatkan kapasiti sebanyak hampir 50 peratus. Bilangan lori keluar masuk kilang setiap hari telah melebihi 200, membebankan logistik dan menjadikan lalu lintas di sini sesak,” kata Zhang Chao, seorang pengurus projek di Yanfeng (Changzhou) Auto Parts Manufacturing Co., Ltd.
Syarikat itu melaporkan keadaan tersebut kepada kerajaan tempatan, yang kemudiannya bertindak menyelaraskan beberapa jabatan untuk menyelesaikan masalah terbabit dalam masa hanya seminggu.

Foto menunjukkan bengkel pemasangan am kilang BYD di Changzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (Foto ihsan penerima wawancara)
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Rekod Baharu: Lebih 450,000 Kenderaan Dieksport Melalui Horgos
- China Operator Rangkaian Pengecas EV Terbesar
- China Manfaatkan Bateri EV Lama Sebagai ‘Lombong Bandar’ Strategik
- Pameran Auto Guangzhou 2025 Tampil 629 Unit NEV
- Infrastruktur Pengecasan EV China Catat Momentum Pertumbuhan
- Pasaran NEV China Terus Tumbuh Kukuh
- Pembuatan China Perkuat Peralihan Global kepada Pengangkutan Hijau
- China Catat Pengeluaran dan Jualan NEV Terbanyak di Dunia
- China Berjaya Membina Rangkaian Pengecas BEV Terbesar di Dunia
- Pengeluaran NEV 7 Bulan Pertama 2025 Beijing Lepasi Rekod Seluruh Tahun 2024