- Lain-lain
Menteri Perdagangan China Terima Kunjungan CEO Apple

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao, menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO)Apple, Tim Cook pada Jumaat. Kedua belah pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS)serta operasi dan pembangunan Apple di China.
Wang Wentao menyatakan bahawa sebelum ini, kumpulan perunding perdagangan kedua-dua pihak China dan AS telah mengadakan dialog dan rundingan sebanyak enam pusingan sehingga mencapai sejumlah konsensus penting.
Wang menekankan bahawa China konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan, dan berusaha membangunkan rantaian industri dan rantaian bekalan yang stabil, tahan lasak, mesra alam dan inovatif. Pihaknya berharap Apple mengekalkan keyakinan terhadap pembangunan di China dan berkongsi peluang dari pembangunan China.
Cook menyatakan bahawa Apple terus memperdalam kerjasama inovasi, pembangunan mesra alam dan penyelarasan rantaian industri di China, yang sehaluan dengan arah "Rancangan Lima Tahun ke-15" China. Apple berharap hubungan perdagangan antara Beijing dengan Washington kekal stabil dan berkembang.
- AmCham: China Tetap Magnet Pelaburan Asing
- Hampir 90% Syarikat Puas Hati terhadap Persekitaran Perniagaan China
- Li Qiang Hadir Majlis Penutup Tirai Sidang Jawatankuasa Usahawan China-Britain
- Pelaburan Langsung China di Luar Negara Naik 7.1 Peratus Tahun 2025
- China Kemas Kini Katalog Industri Galak Pelaburan Asing
- Kelulusan Pelaburan Asing di China bagi November Naik 26.1%
- Seperti 'Pelari Maraton' Terus Memacu Urus Niaga di China
- Xi Utus Tahniah Sempena Perasmian CIFIT ke-25
- CIFIT ke-25 Buka Tirai Hari ini
- China Bakal Anjur Pameran Antarabangsa, Pacu Pelaburan Global




