- Lain-lain
Menteri Luar China, Bahrain Bincang Situasi Asia Barat
Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Bahrain, Abdullatif bin Rashid Al Zayani pada Khamis.
Zayani yang juga pengerusi bergilir Majlis Menteri Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah memaklumkan mengenai perkembangan situasi di Asia Barat.
Beliau berkata, pihaknya bersedia memainkan peranan menerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi menyelesaikan isu perkapalan di Selat Hormuz.
Wang Yi pula berkata pelaksanaan gencatan senjata adalah aspirasi bersama masyarakat antarabangsa. Tindakan UNSC perlu kondusif bagi meredakan ketegangan, menamatkan konflik dan memulihkan rundingan.
China bersedia bersinergi dengan Bahrain untuk menyumbang kepada kestabilan berkekalan di rantau berkenaan serta memelihara hak dan kepentingan negara-negara Selatan Global, khususnya negara bersaiz kecil dan sederhana.
- China, Kanada Sedia Usaha Bersama Selesaikan Masalah di Asia Barat
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat, Duta Rusia Bincang Situasi Semasa
- Menteri Luar China, Mesir Bincang Situasi di Asia Barat
- Menteri Luar China, Turkiye Bincang Konflik Asia Barat
- China Kekal Pendirian Isu Asia Barat Diselesai melalui Jalan Damai
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Bertemu Duta Besar Israel ke China
- Utusan Khas China Gesa Tindakan Ketenteraan di Asia Barat Dihentikan Segera
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temui Menteri Luar Kuwait
- Zhai Jun Bertemu Menteri Luar Bahrain
- Menteri Luar China, Mesir Bincang Isu Asia Barat Menerusi Telefon




