Pameran Jelajah Global Lukisan Peony Gongbi Juye Heze (Malaysia) Dilancarkan di Kuala Lumpur

(CRI)Jumaat 12 Disember 2025

Pameran Jelajah Global Lukisan Peony Gongbi Juye Heze, yang menampilkan pelbagai karya asli lukisan estetik bunga peony di China kini berlangsung di Kuala Lumpur.

Hampir 100 karya asli Lukisan Peony Gongbi Juye, termasuk selendang sutera dan produk kreatif lain berasaskan bunga peony, menjadi tumpuan pengunjung pameran tersebut.

Bertemakan “Bunga Mekar di Laluan Sutera, Wujud Kemakmuran Bersama”, pameran itu menjadi lambang kerjasama kebudayaan antara China dan Malaysia di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Bunga peony adalah lambang kekayaan dan kemakmuran dalam budaya masyarakat di China. Bandar Heze pula dianggap sebagai “Ibu Kota Peony China”, menjadi pusat mengembangkan keunggulan seni dan jenama “Lukisan Peony Gongbi Juye” ke persada antarabangsa.

Pameran anjuran pejabat penerangan kerajaan tempatan bandar Heze itu mendapat sokongan Tourism Malaysia serta pelbagai persatuan dan agensi berkaitan.

Serentak dengan itu, Pusat Promosi Lukisan Peony Gongbi Juye turut dirasmikan di Malaysia.

Video

Berita Berkaitan