Rondaan Bersama Kali ke-163 di Sungai Mekong Berakhir

(CRI)Jumaat 03 April 2026

Rondaan bersama kali ke-163 di Sungai Mekong melibatkan penyertaan China, Laos, Myanmar dan Thailand berakhir dengan jayanya pada Khamis.

Misi selama 11 hari itu disertai lebih 150 anggota penguat kuasa undang-undang serta tujuh kapal dari empat negara tersebut.

Sepanjang misi berlangsung, keempat-empat pihak menyempurnakan pelbagai tugas penguatkuasaan undang-undang dengan memberi tumpuan kepada tadbir urus keselamatan di lembangan Sungai Mekong.

Video

Berita Berkaitan