Bina Kerjasama Lancang-Mekong 2.0 Demi Manfaat Rakyat - Menteri Luar China

(CRI)Selasa 24 Mac 2026

Menteri Luar China Wang Yi menghadiri majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-10 Sidang Kemuncak Pertama Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang diadakan di Beijing pada Isnin.

Ketika berucap pada jamuan itu, Wang berkata, kerjasama Lancang-Mekongberkembang pesat dalam tempoh sepuluh tahun lalu, dan ini berkat dengan kesungguhan bersama negara-negara terlibat yang menjunjung tinggi kerjasama dan persahabatan, serta menumpukan pembangunan demi manfaat rakyat.

Oleh itu, menurut Wang, negara-negara berkaitan harus meningkatkan penyelarasan strategik, mencorakkan Kerjasama Lancang-Mekong versi 2.0, dan membina "Model Lancang-Mekong" untuk tadbir urus global.

Duta Besar Thailand ke China Chatchai Viriyavejakul ketika berucap dalam jamuan itu memberi penilaian tinggi terhadap hasil memberangsangkan yang dicapai LMC dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

Beliau turut menzahirkan pujian terhadap sumbangan penting yang dibuat oleh China dalam mempromosikan LMC, di samping menyeru negara-negara berkaitan agar meningkatkan kolaborasi dan kerjasama, serta bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib Lancang-Mekong yang lebih selamat, bersih, dan lestari.

Video

Berita Berkaitan