- Lain-lain
China Salur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Perkukuh Kerjasama Dua Hala
Duta Besar China di Iran, Cong Peiwu dan Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Pir Hossein Kolivand menandatangani sijil penyerahan projek bantuan kemanusiaan kecemasan China kepada Iran, di Tehran pada Rabu.
Dalam majlis tersebut, Cong berkata China sentiasa mengambil berat terhadap rakyat Iran, dan bantuan kemanusiaan yang disalurkan kali ini mencerminkan komitmen China dalam melaksanakan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, serta menunaikan kewajipan kemanusiaan antarabangsa.
Beliau turut merujuk kepada empat prinsip yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping dalam usaha menjaga keamanan dan kestabilan di Asia Barat iaitu berpegang kepada prinsip wujud bersama secara aman, menghormati kedaulatan negara, mematuhi undang-undang antarabangsa serta mengimbangi pembangunan dan keselamatan.

Menurut Cong, pendirian tersebut mencerminkan usaha berterusan China dalam mendorong perdamaian dan dialog bagi menyelesaikan konflik, selain komitmen China untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam memulihkan keamanan serantau.
Sementara itu Kolivand merakamkan penghargaan kepada China atas bantuan yang disalurkan pada saat sukar serta sokongan berterusan dalam pelbagai platform antarabangsa.
- Menteri Luar China, Iran Adakan Perbincangan Telefon
- Utusan Khas China, Brazil Bincang Situasi Iran di Beijing
- China akan Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq
- China Zahir Takziah atas Pemergian Ali Khamenei
- Hospital Pesawat China Tawar Perubatan Percuma di Laos
- China Sokong Iran Bela Kedaulatan dan Keselamatan
- China Sedia Dorong Penyelesaian Isu Nuklear Iran
- Tentera China Selamatkan 17 Anak Kapal Filipina di Laut China Selatan
- Wang Yi Berbincang dengan Menteri Luar Iran
- China Umum Pemberian Bantuan AS$100 Juta kepada Palestin




