Pengeluaran, Jualan dan Pengeksportan BEV China Terus Meningkat pada April

(CRI)Selasa 12 Mei 2026

Pengeluaran, jualan dan pengeksportan kenderaan elektrik bateri (BEV) buatan China terus meningkat pada April.

Menurut maklumat dari Persatuan Industri Automobil China pada Isnin, pengeluaran dan jualan BEV negara bagi April masing-masing meningkat 5.5 peratus dan 9.7 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat 1.32 juta unit dan 1.344 juta unit.

Sementara itu, jualan BEV mewakili 53.2 peratus keseluruhan jualan kenderaan baharu.

Dilihat dari segmen eksport, jumlah BEV mencecah 430,000 unit pada bulan April, meningkat 1.1 kali ganda tahun ke tahun.

Pada Januari hingga April, China telah mengeksport BEV sebanyak 1.384 juta unit, naik1.2 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dimaklumkan lagi, transformasi industri automotif China semakin dipergiatkan ke arah elektrifikasi, pintar dan integrasi antara sektor pada masa ini.

Video

Berita Berkaitan