China Ungguli Senarai Jualan Kereta Global - Media Jepun

(CRI)Ahad 22 Mac 2026

Menurut laporan laman sesawang Nihon Keizai Shimbun Jepun pada Sabtu, jualan kereta Jepun dalam senario global menguncup sedikit sebanyak ke paras kira-kira 25 juta unit pada tahun 2025, sekali gus kehilangan tangga teratas buat pertama kalinya sejak tahun 2000. Manakala jualan kereta China mencatat hampir 27 juta unit di peringkat dunia, yang bermakna buat pertama kali menduduki tempat pertama dalam ranking dunia selepas mengatasi Jepun.

Laporan tersebut dikeluarkan berdasarkan data yang diterbitkan oleh setiap syarikat automotif serta data tinjauan daripada syarikat perunding maklumat global McKinsey Information Consulting.

Untuk perincian, jualan BYD China pada tahun 2025 menduduki tempat keenam dalam ranking dunia selepas melebihi Ford Amerika Syarikat (AS), sedangkan jualan Geely China menduduki tempat kelapan selepas melebihi Honda Jepun. Dalam bidang kenderaan elektrik bateri (BEV), BYD mengungguli senarai jualan dunia selepas mengatasi Tesl, jenama BEV dari AS. Dalam senarai 20 pengeluar kereta teratas dari segi jualan global, China menyerlah dengan enam syarikat yang tersenarai, melebihi Jepun yang mempunyai lima.

Seorang pakar berkenaan dari Jepun menyatakan bahawa pembangunan pesat industri kenderaan China tidak terlepas daripada kekuatan komprehensif dalam bidang teknologi canggih, kelebihan kos, serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang pantas. Jepun perlu menyusun semula industri automotifnya berkaitan elektrifikasi dan strategi global.

Video

Berita Berkaitan