- Lain-lain
China Sasar 100,000 Kenderaan Sel Bahan Api Menjelang 2030

Kenderaan tenaga baharu sedang dipasang di sebuah bengkel kilang pintar milik pengeluar kereta Leapmotor di Jinhua, provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Hu Xiaofei)
China menyasarkan sebanyak 100,000 kenderaan sel bahan api di seluruh negara menjelang 2030, iaitu sekali ganda jumlah pada 2025, menurut pekeliling yang diumumkan bersama oleh tiga jabatan termasuk Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat.
Pekeliling itu, yang fokusnya adalah merintis penggunaan komprehensif tenaga hidrogen, menetapkan matlamat untuk mengurangkan harga hidrogen pengguna akhir kepada bawah 25 yuan per kilogram menjelang 2030 – dan sekitar 15 yuan di kawasan berkelebihan tertentu – sambil mengembangkan tenaga hidrogen sebagai penjana baharu pertumbuhan ekonomi.
Industri hidrogen China telah berkembang daripada “sifar kepada satu”, namun masih berdepan cabaran seperti senario penggunaan yang terhad, kos yang tinggi, malah kesukaran dari segi penyimpanan dan pengangkutan, menurut kementerian tersebut. Program rintis ini akan mengutamakan kenderaan sel bahan api, aplikasi industri berkuasa hidrogen, serta penggunaan hidrogen secara inovatif.
Kluster bandar boleh memohon menjadi peserta utama program rintis empat tahun, dan menerima dana ganjaran daripada kerajaan pusat. Ganjaran maksimum bagi sesebuah kluster bandar dalam tempoh program rintis tidak melebihi 1.6 bilion yuan, seperti yang digariskan dalam dokumen berkenaan.
Setakat akhir 2025, hampir 40,000 kenderaan sel bahan bakar hidrogen telah dijual di seluruh negara, dan sebanyak 574 stesen pengisian semula hidrogen telah dibina dengan kapasiti harian keseluruhan melebihi 360 tan, sekali gus meletakkan China di paling hadapan dalam sektor ini, tambah kementerian itu lagi.
- Stesen Janakuasa Penyimpanan Pam Tiantai Berjaya Disambung ke Grid Negara
- Xiaomi Kuasakan Pertumbuhan EV Melalui Pembuatan Pintar
- BYD Kembangkan Kapasiti Eksport EV, Umum Kapal Kargo Pembawa Kereta Kelima
- China Bakal Promosi Kempen Penjualan NEV di Kaunti, Perbandaran
- Xiaomi Perkenal SUV Elektrik, Cermin Mata AI Pertama
- Pelaburan China Perkuat Rantai Bekalan EV Indonesia
- China Catat Pengeluaran dan Jualan Kenderaan Lebih 15 Juta Separuh Pertama 2025
- China Tegaskan, Projek Hidroelektrik di Xizang Adalah Untuk Manfaat Rakyat
- Pengeluaran NEV 7 Bulan Pertama 2025 Beijing Lepasi Rekod Seluruh Tahun 2024
- ‘Bank Kuasa Super’ Anhui Jana Pulangan Ekonomi, Alam Sekitar
- Pembuatan Kereta Kembang Maju di Pekan Luoxi
- China Berjaya Membina Rangkaian Pengecas BEV Terbesar di Dunia
- China Catat Pengeluaran dan Jualan NEV Terbanyak di Dunia
- Pembuatan China Perkuat Peralihan Global kepada Pengangkutan Hijau
- Pasaran NEV China Terus Tumbuh Kukuh
- Infrastruktur Pengecasan EV China Catat Momentum Pertumbuhan
- Pameran Auto Guangzhou 2025 Tampil 629 Unit NEV
- China Manfaatkan Bateri EV Lama Sebagai ‘Lombong Bandar’ Strategik
- China Operator Rangkaian Pengecas EV Terbesar
- Rekod Baharu: Lebih 450,000 Kenderaan Dieksport Melalui Horgos




