- Lain-lain
Perlu Usaha Bersepadu Majukan Pemeriksaan, Pembaharuan Bandar

Foto bertarikh 11 April 2026 ini menunjukkan pemandangan di kawasan pelancongan Long Jiang Years di bandar Zhangzhou, provinsi Fujian, tenggara China. (Xinhua/Jiang Kehong)
Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar China menggesa usaha bersepadu untuk memajukan pemeriksaan keadaan bandar dan pembaharuan bandar, menekankan perlunya projek pembaharuan dijalankan selepas keadaan bandar ditentusahkan melalui pemeriksaan.
Memetik seorang pegawai kementerian, pihak berkuasa tempatan dikehendaki mengikut prinsip “periksa sebelum baharui” dan memastikan hasil penilaian lebih diutamakan dalam perancangan dan pelaksanaan pembaharuan.
Menurutnya, China akan terus memperkasakan pemeriksaan keadaan bandar pada 2026 di samping melaksanakan program pembaharuan mengikut standard yang tinggi. Bandar dikehendaki menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh, dan melipatgandakan usaha ke arah liputan penuh melibatkan perumahan, komuniti kediaman serta blok dan daerah.
Kerajaan tempatan perlu menjalankan penilaian bersasaran berdasarkan tugas pembaharuan utama serta keadaan setempat, sambil menambah baik mekanisme untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah, menilai hasil, dan memantapkan perbaikan, tegas pegawai tersebut.
Selepas beberapa dekad mengalami proses urbanisasi yang terbesar dan terpantas di dunia, China memperkenalkan program rintis pemeriksaan keadaan bandar pada 2018, dengan sasaran membina bandar yang sesuai dihuni, berdaya tahan, dan pintar. Pada 2024, inisiatif itu memasuki pelaksanaan penuh di semua bandar peringkat provinsi dan lebih tinggi, dengan mendiagnosis masalah dalam pembangunan bandar dan menyediakan sokongan berasaskan bukti bagi pembaharuan bandar dan tadbir urus yang lebih cekap.
Kementerian berkenaan baru-baru ini bermesyuarat secara video untuk mengatur kerja pemeriksaan keadaan bandar bagi 2026. Tahun lepas, sebanyak 297 bandar peringkat provinsi dan lebih tinggi serta 152 bandar peringkat kaunti telah menjalankan penilaian seumpama. Hasilnya, beberapa isu utama yang menjadi perhatian umum berjaya dikenal pasti dan ditangani, sekali gus menyokong pembaharuan bandar secara berkualiti tinggi.
- Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China: Cetusan Idea Baharu kepada Tadbir Urus Global
- Forum Pembangunan Peringkat Tinggi China 2026 Berlangsung di Beijing
- Pemodenan Bercirikan China Masuk Fasa Penting: Media Asing
- Visi Moden Menjangkau “50,000 kilometer”
- Tinjauan Perlihat Daya Tarikan China Masa Kini
- Pembangunan Hijau Ciri Menonjol Modenisasi Ala China - MFA
- Mengapa China Berjaya Jadi Sebuah Negara Pandang ke Hadapan
- Mengikut Haluan China Merintis Masa Depan
- Lima Dekad Elektrifikasi: Kereta Api China Sentiasa di Barisan Hadapan Dalam Era Pintar
- Xi Sampaikan Salam Sempena Pesta Tuaian China




