Xi Seru Perkasa Pembangunan Terselaras antara Wilayah

(CRI)Khamis 18 Jun 2026

Presiden China Xi Jinping menyeru usaha berterusan ke arah memperkasa pembangunan terselaras antara wilayah serta memastikan kemajuan terus dilakar dalam usaha mewujudkan kemakmuran seluruh masyarakat.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi arahan kerja berhubung usaha sama konsisten antara wilayah timur dengan barat China.

Xi berkata sepanjang tiga dekad lalu, kerjasama antara wilayah timur dengan barat telah memainkan peranan penting dalam membantu memerangi kemiskinan dan menggalakkan pembangunan terselaras.

Tahun 2026 menandakan tahun pertama pelaksanaan mekanisme bantuan berkala.

Xi menegaskan perlunya untuk merumuskan dan menimba pengalaman yang diperoleh daripada kerjasama melibatkan provinsi Fujian di timur dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut, serta menambah baik cara kolaborasi dan memperluas bidang kerjasama.

Usaha harus dipergiat untuk mewujudkan kesalinglengkapan perindustrian antara wilayah timur dengan barat, merancakkan pertukaran kakitangan, meningkatkan pembelajaran bersama dalam teknologi dan berkongsi idea sehingga mencapai situasi sama menang dan kemakmuran bersama, ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan