Komando Teater Selatan PLA Lakukan Rondaan di Pulau Huangyan

(CRI)Selasa 30 Jun 2026

Komando Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) melakukan rondaan laut dan udara sekitar Pulau Huangyan pada Selasa.

Pulau Huangyan adalah wilayah yang sah milik China.

Sejak Jun, pasukan Komando Teater Selatan PLA terus mempertingkat rondaan dan pengawasan di ruang laut dan udara sekitar pulau terbabit, bagi menentang sebarang bentu provokasi dan pencabulan.

Tindakan tersebut adalah bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan, disamping mengekalkan keamanan dan kestabilan di kawasan Laut China Selatan.

Jurucakapnya, Kolonel KananTian Junli berkata pasukan tersebut mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi terhadap sebarang aktiviti yang menjejaskan kestabilan di perairan itu.

Beliau pada masa sama mengkritik tindakan Filipina yang melobi sokongan daripada negara luar untuk melakukan 'rondaan bersama' sehingga meningkatkan risiko keselamatan dan menjejaskan keamanan di Laut China Selatan.

Mengulas lanjut Tian berkata, China tegas mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim negara.

Video

Berita Berkaitan