China Gesa Jepun Siasat Kes Individu Ceroboh Masuk ke Kedutaan Besar China

(CRI)Rabu 25 Mac 2026

Individu yang mengaku diri sebagai pegawai Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) menceroboh masuk ke Kedutaan Besar China di Tokyo pada Selasa, dan mengancam akan membunuh diplomat China.

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam sidang media pada Selasa menggesa pihak Jepun menyiasat kejadian itu dengan menyeluruh, dan mengenakan tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

Menurut Lin, China berasa terkejut atas perisitwa itu yang bukan sahaja memaparkan sayap kanan Jepun yang berleluasa dan "militerisme baharu" bangkit semula di negara itu,tetapi juga membongkarkan polisi salah Jepun dalam isu-isu teras hubungan dua hala, melibatkan sejarah, Taiwan dan lain-lain.

Pada hari yang sama, kedutaan besar China juga telah mengeluarkan bantahan keras terhadap pihak Jepun.

Video

Berita Berkaitan