Upacara Naik Bendera dan Jamuan, Rai Ulang Tahun ke-29 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (3)

(CRI)Rabu 01 Julai 2026
Upacara Naik Bendera dan Jamuan, Rai Ulang Tahun ke-29 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong

Upacara naik bendera dan jamuan diadakan oleh pihak berkuasa tempatan pada Rabu bagi meraikan ulang tahun ke-29 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR).

Upacara naik bendera diadakan di Lapangan Golden Bauhinia pada pukul 8.00 pagi, untuk memperingkati pemulangan wilayah itu ke pangkuan tanah air.

Upacara tersebut menyaksikan kehadiran Ketua Eksekutif HKSAR, John Lee Ka-chiu, ketua-ketua agensi kerajaan pusat di Hong Kong serta perwakilan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Selepas upacara tersebut selesai, para tetamu kemudiannya mengikuti majlis resepsi yang telah disediakan di Pusat Konvesyen dan Pameran Hong Kong.

Video

Berita Berkaitan