- Lain-lain
Syarikat Asing Dialu-alukan Rebut "Peluang China 2.0"
China akan terus memperkukuh dasar keterbukaan bertaraf tinggi kepada dunia serta berkongsi hasil inovasi teknologi dengan semua negara.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Rabu sebagai mengulas Laporan Daya Saing Global 2026 yang dikeluarkan Institut Antarabangsa Switzerland bagi Pengurusan Pembangunan baru-baru ini yang menyaksikan kedudukan China meningkat ke tangga ke-12 dunia, manakala Hong Kong berada di tempat kedua.
Menurut Guo, pemerhati perniagaan menyifatkan China sebagai "gimnasium paling mencabar di dunia", merujuk kepada kelebihan negara itu dalam inovasi berskala besar dan pentas yang menjadi asas kepada konsep"Peluang China 2.0".
Sehubungan itu, Guo berkata, sebanyak 14,000 perusahaan asing baharu ditubuhkan di China dalam bidang penyelidikan saintifik dan perkhidmatan teknologi pada 2025, melonjak 27.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut beliau, ekosistem industri China membolehkan syarikat asing mendapatkan rakan kerjasama bagi keseluruhan rantaian inovasi dengan lebih cepat dan cekap, bukan sahaja berjaya di pasaran China, tetapi juga meningkatkan daya saing mereka di pasaran global.
- Pasaran Pengguna China Stabil pada Cuti Pesta Perahu Naga
- Mengapa Angka Terkini Perdagangan Luar China "Melebihi Jangkaan"?
- Pelan Lima Tahun ke-15 Dari Perspektif Syarikat Asing
- Ruang Pasaran China, Ahli APEC Lain Terus Diperluas: GACC
- Rangkaian Pasar Raya, Kedai, Peroleh Keuntungan Stabil Pada 2025
- China, Pasaran Strategik Utama bagi Saudi Aramco
- Bank Pusat China Pertingkat Kawalan Makro, Mantapkan Pasaran
- Pasaran Kepenggunaan China Semakin Hangat
- Pasaran Penggunaan China Bersaiz Gergasi, Peluang Besar Kerjasama Antarabangsa
- Ahli Perniagaan Asing Optimistik terhadap Pasaran China




