China Terbitkan Laporan Pertikai Tuntutan Wilayah Filipina di Laut China Selatan

(CRI)Rabu 08 Julai 2026

Institut Urusan Marin China (CIMA) di bawah Kementerian Sumber Alam China menerbitkan laporan bertajuk "Kritikan Sejarah dan Perundangan terhadap Tuntutan Wilayah Filipina di Laut China Selatan", pada Rabu.

Laporan itu meneliti proses pembentukan garis sempadan Filipina, di samping menganalisis niat dan langkah Filipina dalam meluaskan wilayahnya.

Laporan tersebut menyimpulkan bahawa niat Filipina untuk melangkaui sempada wilayah yang ditetapkan oleh beberapa perjanjian antarabangsa, termasuk melibatkan Pulau Huangyan dan terumbu di Kepulauan Nansha, tidak mempunyai asas fakta sejarah yang kukuh dan jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Tindakan haram Filipina bukan sahaja mencabar undang-undang antarabangsa, tetapi juga merupakan ancaman besar kepada keamanan dan kestabilan serantau serta pemeliharaan orde antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan