- Lain-lain
Perdagangan China Lakar Prestasi Memberangsangkan pada Separuh Pertama 2026
Jumlah import dan eksport barangan di China mencatat RMB25.5 trilion (RM15.3 trilion) pada separuh pertama 2026, meningkat 16.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus membaharui rekod.
Antaranya, jumlah import dan eksport bulanan pada Mac hingga Jun masing-masing melebihi RMB4 trilion (RM2.4 trilion), memperlihatkan trend peningkatan perdagangan luar yang mantap.
Demikian maklumat yang diumumkan Kementerian Perdagangan China dalam sidang media di sini, pada Khamis.
Dalam separuh pertama tahun ini, pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi di China meningkat sebanyak 33.2 peratus. Ini berkaitan rantaian perindustrian dan rantaian pembekalan yang kian lengkap, serta taraf pembangunan perindustrian yang kian tinggi di negara ini, kata Kementerian Perdagangan.
Sementara itu, skala pasaran penggunaan semakin besar manakala kualitinya semakin tinggi, dengan para pengguna lebih cenderung kepada produk mesra alam dan pintar.
Menurut Kementerian Perdagangan, kadar penembusan jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) mencatat 62.4 peratus di pasaran China pada suku kedua tahun ini, sekali gus membaharui rekod.
Dalam pada itu, dasar tukar beli juga memacu jualan produk digital dan pintar yang mencatat kenaikan sebanyak 13.4 peratus pada separuh pertama tahun ini.
- China Jadi Rakan Dagang Utama bagi Lebih 160 Buah Negara dan Kawasan
- Perdagangan Luar China Naik 15.3 Peratus pada Lima Bulan Pertama 2026
- Editorial Global Times | Adakah “Enjin Perdagangan Luar” China Melemah?
- 20 Lagi Bandar Rintis Perdagangan Rentas Sempadan Pada 2026
- Perdagangan Barangan China Naik 18.3 Peratus Dua Bulan Pertama 2026
- Erenhot, Pelabuhan Darat Terbesar di Sempadan China-Mongolia, Makin Sibuk
- 2025: Ekonomi China Terus Melonjak
- Ekonomi Perindustrian China Kekal Stabil dan Optimum pada 11 Bulan Pertama 2025
- Perkembangan Ekonomi China Kekal Mapan dan Progresif pada Bulan November
- Permintaan Produk Pemanas Kian Meningkat, Pamer Daya Tahan Perdagangan Asing China




