- Lain-lain
Xi Gesa Anak Rantau China Berikan Sumbangan Buat Negara
Presiden China, Xi Jinping menyeru komuniti perantauan China serta mereka yang sudah kembali tanah air agar memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada pembangunan negara, penyatuan semula tanah air, serta kebangkitan nusa dan bangsa.
Arahan Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat disampaikan sempena Persidangan Kerja Hal Ehwal Perantauan Kebangsaan yang berlangsung di Beijing.
Beliau berkata sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC pada 2012, barisan kerja hal ehwal perantauan telah melaksanakan keputusan Jawatankuasa Pusat PKC dengan berkesan serta berjaya menggembleng penyertaan masyarakat perantauan dan keluarga mereka untuk memberikan sumbangan positif dalam memacu pembangunan sosioekonomi, mewarisi dan mempromosikan budaya tradisional China, serta mempergiat pertukaran dan kerjasama antara China dan pelbagai negara.
Persidangan Urusan Perantau China diadakan di Beijing pada 27 hingga 28 Julai.
- Xi Seru Perkasa Pembangunan Terselaras antara Wilayah
- Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China: Cetusan Idea Baharu kepada Tadbir Urus Global
- Xi Seru Timba Pengalaman Yiwu, Pacu Pembangunan Berkualiti Tinggi
- Forum Pembangunan Peringkat Tinggi China 2026 Berlangsung di Beijing
- SDI China Catat Lonjakan Hampir 48 Peratus Sejak 2016
- Trend Pembangunan China Tidak Dapat Dihalang: Diplomat Veteran Singapura Kishore Mahbubani
- China Kongsi Strategi dan Kemajuan Agenda 2030 di Forum Politik Peringkat Tinggi PBB
- Pengalaman China Patut Diteladani--Presiden Nauru Adeang
- Transformasi Ekonomi Berasaskan Sumber Perlu Ditingkatkan - Presiden Xi
- Kementerian Luar: Semakin Ramai Kenali China yang Sebenar




