- Lain-lain
Xi Pengerusikan Simposium Bersama Wakil Bukan PKC Mengenai Hala Tuju Ekonomi
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan simposium bersama wakil parti-parti bukan PKC bagi mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai keadaan ekonomi semasa negara serta perancangan ekonomi bagi separuh kedua tahun ini.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan simposium yang berlangsung pada 24 Julai itu.
Xi menegaskan bahawa usaha ekonomi negara perlu terus berpegang kepada prinsip mengutamakan kestabilan sambil mencapai kemajuan.
Beliau berkata, tumpuan harus diberikan kepada kerja mempercepat peralihan daripada pemacu pertumbuhan lama kepada yang baharu, melaksanakan dasar fiskal yang lebih proaktif serta dasar monetari yang sederhana longgar, di samping memperhebat usaha merangsang permintaan domestik dan mengoptimumkan penawaran.
Selain itu, menurut Xi, usaha juga perlu dipergiat bagi menambah baik kesejahteraan rakyat, menggalakkan pembangunan ekonomi berterusan ke arah pertumbuhan berkualiti tinggi serta memastikan permulaan baik dicapai dalam Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030).
Beliau menegaskan, tokoh-tokoh dari pelbagai parti bukan PKC, persekutuaan industri dan perdagangan, serta tokoh tanpa parti telah melaksanakan keputusan Jawatankuasa Pusat PKC secara tegas, berkhidmat secara aktif untuk negara, memberi cadangan berhubung isu-isu utama dalam pembangunan sosioekonomi sebagai rujukan penting kepada Parti dan kerajaan semasa membuat keputusan.
Beliau mewakili PKC dan kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan penting yang diberikan tokoh-tokoh tersebut.
- Ekonomi China Catat Pertumbuhan Kukuh
- Perdagangan Tanah Besar China–Hong Kong Meningkat Enam Kali Ganda
- Industri Pos China Kekalkan Pertumbuhan Stabil
- Ekonomi China Kekal Stabil pada Januari hingga April 2026
- Era AI, OPC Bagai Cendawan Tumbuh Lepas Hujan
- Penggunaan Perkhidmatan Jadi Titik Pertumbuhan Baharu Semasa Cuti Hari Pekerja 2026
- Ekonomi Marin China Catat RMB2.6 Trilion Suku Pertama 2026
- Kontena China, Pemangkin Industri Baharu
- Moody's Kekalkan Penarafan Kredit Berdaulat China pada "A1"
- Industri Desa Lekalkan Momentum Kukuh Suku Pertama




