Jepun Patut Dengar Seruan Rakyat, Jangan Main Api dalam Isu Nuklear: MFA

(CRI)Sabtu 08 Ogos 2026

Pihak berkuasa Jepun perlu mendengar seruan rakyat, menunaikan tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa iaitu tidak menerima, menghasilkan, memiliki atau menyebarkan senjata nuklear, serta tidak bermain api dalam isu senjata nuklear.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Lin Jian membuat kenyataan itu susulan hakikat bahawa hampir 80 peratus rakyat Jepun menyokong kerajaan mengekalkan Tiga Prinsip Bukan Nuklear dan tidak meneruskan 'perkongsian nuklear'.

Lin berkata perkara itu menampakkan penolakan masyarakat Jepun terhadap pemilikan senjata nuklear, sekali gus mencerminkan betapa pentingnya keamanan dan kemakmuran bagi rakyat negara itu.

Video

Berita Berkaitan