Penenteraan Semula Jepun Ancam Kedamaian Serantau: MFA

(CRI)Jumaat 07 Ogos 2026

Tindakan Jepun membina fasiliti ketenteraan di Kepulauan Pasifik merupakan satu lagi bukti bahawa negara itu sedang mempercepat proses penenteraan semula.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian pada Khamis berkata tindakan Jepun menjadi ancaman sebenar terhadap keamanan dan kestabilan serantau, justeru masyarakat antarabangsa perlu berwaspada terhadap perkara itu.

Lin turut menggesa Jepun berhenti menyebarkan maklumat palsu dan tuduhan tidak berasas, bermuhasabah dan mengambil iktibar daripada sejarah, serta tidak terus melangkah ke laluan yang salah.

Video

Berita Berkaitan