- Lain-lain
Dua Pakar China Berlepas ke Uganda Bantu Cegah dan Kawal Wabak Ebola
Dua orang pakar kesihatan awam China yang terpilih sebagai anggota Kumpulan Penyokong Pengurusan Kecemasan (IMST) berlepas dari Beijing subuh tadi ke Uganda untuk melakukan kerjasama dalam usaha antarabangsa menangani wabak Ebola.
Menurut maklumat daripada Jabatan Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan (NDCPA) China, dua pakar teknikal tersebut adalah dipilih dan dihantar NDCPA atas undangan Pusat Kawalan Penyakit Afrika dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang merupakan dua pihak penganjur IMST.
Kedua-dua pakar itu sangat berpengalaman dalam menangani operasi di tapak kejadian wabak serius dan menjalankan kerjasama kesihatan awam antarabangsa.
Menurut NDCPA lagi, dua pakar teknikal China tersebut akan menyertai satu kumpulan kerja di bawah IMST sebaik sahaja tiba di Uganda, dan bersama-sama dengan pakar-pakar dari pelbagai negara membincangkan dan membuat penilaian tentang penularan wabak Ebola, menggubal pelan kawalan dan pencegahan, serta menjalankan penyelarasan kecemasan di pelbagai tapak kejadian.
- China Hantar Barang Bantuan Kumpulan Pertama ke Venezuela
- WHO dan Africa CDC Tubuh Pusat Kawalan Kecemasan Ebola
- China Terus Hulurkan Bantuan Kemanusiaan kepada DR Congo, Uganda dan AU Tangkis Ebola
- WHO Puji Pelaburan China dalam Kemudahan Aktiviti Fizikal Awam
- WHO Lapor 61 Kematian Akibat Ebola di DR Congo, Uganda
- China Hantar Pasukan Pakar Perubatan ke DR Congo
- WHO Sahkan 321 Kes Ebola di DR Congo
- Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 Produktif dalam Pencapaian Keputusan
- Kapal Hospital "Silk Road Ark" Berjaya Selesaikan Misi Kemanusiaan Antarabangsa
- China Salur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Perkukuh Kerjasama Dua Hala




