- Lain-lain
China Hantar Barang Bantuan Kumpulan Pertama ke Venezuela

Pesawat yang membawa kumpulan pertama barang bantuan kemanusiaan yang disumbangkan kerajaan China kepada Venezuela berlepas dari Beijing menuju ke Caracas pada Ahad malam.
Barang bantuan seberat 80 tan itu merangkumi 20 generator, lapan set lori penulenan air, 200 mesin nyahkuman, 200 set peralatan pencahayaan berkuasa solar, lebih 1,700 khemah dan lebih 6,700 selimut.
Difahamkan, baki barangan bantuan akan dihantar ke kawasan bencana Venezuela secara berperingkat.

Gempa bumi kuat yang menggegarkan Venezuela telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda besar.
Sebaik sahaja menerima khabar berkenaan, kerajaan China serta-merta menghulurkan bantuan kecemasan berbentuk tunai kepada Venezuela dalam usaha menangani bencana dan membangunkan semula kawasan terjejas.
Selepas itu, China memutuskan untuk menyalurkan barang bantuan kemanusiaan tambahan yang bernilai 100 juta yuan (RM60 juta) kepada Venezuela.
- Syarikat China Sumbang Lebih 120 Tan Barangan kepada Venezuela
- China Sedia Beri Sokongan kepada Venezuela
- Xi Ucap Takziah Gempa Kuat Gegar Venezuela
- China Terus Hulurkan Bantuan Kemanusiaan kepada DR Congo, Uganda dan AU Tangkis Ebola
- China Hantar Pasukan Pakar Perubatan ke DR Congo
- Kapal Hospital "Silk Road Ark" Berjaya Selesaikan Misi Kemanusiaan Antarabangsa
- China Salur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Perkukuh Kerjasama Dua Hala
- China akan Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq
- Hospital Pesawat China Tawar Perubatan Percuma di Laos
- Tentera China Selamatkan 17 Anak Kapal Filipina di Laut China Selatan




