Kumpulan Pertama Barangan Pameran CAEXPO ke-23 Tiba di Nanning

(CRI)Isnin 31 Ogos 2026

Kumpulan pertama barangan pameran antarabangsa bagi Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-23 dari Malaysia dan Thailand, selamat tiba di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning pada Isnin.

Barangan pameran tersebut memasuki wilayah China melalui Pelabuhan Qinzhou di Wilayah Autonomi Guangxi.

Antara produk yang dibawa masuk termasuklah makanan istimewa tempatan, kelengkapan rumah, barangan kulit, serta beg dan bagasi dengan jumlah keseluruhan 1,945 item dengan berat 16.33 tan melibatkan 59 pempamer dari luar negara.

Untuk rekod, CAEXPO ke-23 bakal berlangsung dari 17 hingga 21 September akan datang.

Video

Berita Berkaitan