CIIE Sediakan Ruang Pameran Percuma untuk Negara Paling Mundur

(CRI)Khamis 15 Oktober 2026

Pihak penganjur Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ke-9 akan terus menyediakan ruang pameran percuma untuk negara-negara paling mundur, di samping menambah baik zon pameran untuk produk Asia-Afrika, dan membantu negara-negara Afrika yang berhubungan diplomatik dengan China untuk memanfaatkan "sifar tarif".

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Rabu.

Beliau menambah, siri pameran yang telah diadakan China baru-baru ini, seperti CIFTIS, CAEXPO dan GDTE beserta yang akan dirasmikan tidak lama lagi seperti Canton Fair ke-140 dan CIIE ke-9, berperanan sebagai pemangkin penting untuk membantu China mengakses ke peringkat global, memajukan pembangunan dan menyejahterakan rakyat.

Sementara itu, siri pameran tersebut juga mencerminkan keazaman dan usaha China dalam meningkatkan tahap keterbukaan dan berkongsi peluang pembangunan dengan seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan