- Lain-lain
CIIE ke-8 Labuh Tirai di Shanghai

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelapan melabuhkan tirai di Shanghai pada Isnin.
Ekspo selama enam hari itu menarik penyertaan 4,108 syarikat dari 138 negara dan wilayah, sekali gus menyaksikan keluasan ruang pameran dan jumlah peserta masing-masing membaharui rekod.
Sebanyak 461 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu ditampilkan sempena CIIE kali ini, dengan 201 daripadanya membuat debut secara global merangkumi industri seperti biofarmaseutikal, peralatan teknikal serta teknologi hijau dan rendah karbon.

Untuk rekod, CIIE 2025 meraih kontrak bagi tempoh satu tahun dalam bentuk surat hasrat bernilai USD83.49 bilion, meningkat 4.4 peratus berbanding tahun lepas.
Sementara itu, Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao edisi kelapan yang merupakan antara komponen utama CIIE memberi tumpuan kepada topik berkaitan perdagangan, kerjasama, rantaian perindustrian dan sebagainya.
Acara berkenaan dihadiri lebih 400 tokoh dari lingkungan politik, perniagaan dan akademik, menyaksikan sebanyak 20 hasil berjaya dicapai.
- Sekali Lagi Pecah Rekod! 9 Gambar Sorotan Penting CIIE ke-8
- 256 Syarikat Australia Sertai CIIE, Mencipta Rekod Baharu
- CIIE ke-8 Dirasmikan Hari Ini
- Li Qiang Bakal Hadiri Majlis Perasmian CIIE
- Lebih 3,200 Syarikat Sahkan Penyertaan Untuk CIIE ke-8
- Pendaftaran Pelawat Profesional CIIE 2025 Dibuka
- Acara Promosi Pelaburan Wilayah CIIE di Hubei Himpun Lebih 300 Entiti
- Lebih 60 Peratus Ruang Pameran CIIE ke-8 Telah Ditempah
- CIIE ke-7: Beberapa Teknologi Canggih Buat Penampilan Sulung
- Pempamer Malaysia Kongsi Pasaran China di CIIE




